Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 25, 2013

Sah Puak-Puak UG Bantu BN Untuk Menang!

Setelah dipersetujui bersama konsep Negara Berkebajikan, kenapa perkara Hudud digembar-gemburkan pada masa yang kritikal dan sensitif ini?

Setiap yang beriman wajib menerima Hudud tetapi kenapa perkara ini tidak direservekan dulu dan berbincang kemudian secara tertutup menggunakan platform Majlis Presiden setelah PR menang dan dijulang oleh Rakyat Malaysia yang inginkan perubahan sebagaimana saya katakan sebelum ini?

Kalau aku kata Mangkok Hayun tak berhikmahkan ramai pula juak-juak yang wala' buta marah!

Aku sendiri pun dah berbelah bagi sekarang
Belum lagi menang dan memerintah masing-masing dah nak tunjuk belang
Bila memerintah, silap-silap negara lintang pukang!

Aku heran kenapa geng-geng tua di dalam PAS ni suka buatkan penyokong libral dan mahukan yang terbaik dan nak sangat tengok perubahan di dalam pemerintahan serta tadbir urus kerajaan yang lebih menjadi gelisah?

Janganlah bila berada di momentum yang baik ini direncatkan dengan perbagai kerenah dan senongeh pulak! 
Hudud Dilaksana Jika Pakatan Perintah Negara
ARAU – Hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Persekutuan walaupun DAP menentang keputusan tersebut, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

“Saya yakin DAP akan menerima hukum hudud kerana kesanggupan mereka untuk bertanding dengan menggunakan lambang PAS. Namun ia hanya akan dilaksanakan selepas Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah negara.

“Pakatan harus mengambil alih kerajaan Persekutuan. Selepas itu barulah kami boleh meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan hukum hudud,” katanya selepas melawat ibu tunggal di Guar Sanji, Selasa.

Walaupun DAP membantah pelaksanaan hukum hudud beberapa tahun lalu, Dr Haron berkata kini ia tidak lagi menjadi isu.

Dr Haron, yang merupakan calon PAS Parlimen Arau berkata, parti Pakatan haruslah ‘memberi dan menerima’ dalam usaha untuk bekerjasama.

Sebagai contoh, katanya, DAP harus bersetuju dengan keputusan PAS untuk tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam.

Sementara itu, dalam satu majlis berasingan di Alor Setar, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata semua wanita Islam harus memakai tudung, bukan saja di kalangan pelajar tetapi penyampai berita.

Memuji pendekatan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib untuk mempromosikan cara hidup Islam, beliau menegaskan kempen tersebut adalah untuk menggalakkan wanita Islam memakai tudung dan tidak disasarkan kepada kumpulan spesifik.

“Ia perlu disasarkan kepada semua wanita Islam,” katanya pada Selasa.

Bagaimanapun, beliau berkata wanita Islam tidak boleh dipaksa untuk memakai tudung.

Harun berkata demikian bagi mengulas kenyataan Muhammad pada Isnin selepas menyertai PAS yang menegaskan terdapat pembaca berita di kalangan wanita Islam dan kanak-kanak sekolah tidak memakai tudung. - sumber

9 comments:

  1. TAHNIAH PAS. Teruskan usaha yang tak ubah seperti bagi bola tanggung pada bn. Puak2 UG takkan berpuas hati selagi bn tak nampak untuk menang selesa dan bergaya dalam PRU13 nanti. Bila lagi nak berpadu-padu dengan bn, betul tak? Bravo!

    ReplyDelete
  2. Kalau aku kata Mangkok Hayun tak berhikmahkan ramai pula juak-juak yang wala' buta marah!
    ..ngehh...ngehh...ngehh...sebab sama2 mangkuk Hayun....

    ReplyDelete
  3. Bhai MountDweller...

    Penat aaa camnie... baik tak payah kempen macam nak giler... buang duit.. buang masa... buang tenaga...

    Fedup aaa...

    ReplyDelete
  4. Bersabarlah anak-anakku perjuangan sebenarnya sangat panjang. . . .bersedialah dari sekarang. Walaupun Pakatan memerintah tak semestinya perjuangan akan selesai.

    ReplyDelete
  5. Gugusang hari-Hari indah bersamamu
    Pakatang...
    Bangkitkan kembali
    Rinduku mengajakmu
    Ke sana
    Inginku berlari mengejar seribu bayangmu
    Pakatang...
    Tak peduli kan ku terjang
    Biar pun harus kutembus Padang jawa
    Tiba-tiba langkahku terhenti
    Sejuta tangang telah menahang ku mengundi
    Inginku undi PAS mereka berkata
    Tak perlu kau undi
    Mengejar impian tak pasti
    Hari ini juga mimpi
    Maka biarkan ia terlentang
    Di hatimu UG..
    Di hatimu UG..

    ReplyDelete
  6. adoiiii....ni yg susah ni..

    ReplyDelete
  7. inilah org bangang bodoh tak oleh di ajar. Nampak sangat penyokong bn. Musuh dalam selimut dia org ni semua. puak UG pas kena campak ke dlm api lah... Org berjuang utk perubahan bukan nak dengar idea bangang bomoh tua ni.

    ReplyDelete
  8. time kalah berkali2 tak nak mamposss, dah nak menang menyusahkan org!! ke memang tak nak menang? asal dapat jadi calon pun dah suka.. dah la mencalonkan diri sendiri..

    ngeee....

    ReplyDelete
  9. Penyokong_PrihatinApril 25, 2013 at 10:06 AM

    Hmmm... Bagusla... Teruskanlah usaha sahut menyahut ni banyak2... Nanti 5 Mei BN menang besar 2/3 mcm PRU 2004... Masa tu jangankan nak laksana hudud, nak sebut pun takde sape dah nak dengar... Dengan puak2 UG pun jadi sampah je pada Umno BN... Rasalah... Baru padan muka... Renung2kan... Selamat beramal...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa