Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 25, 2013

Keputusan PRU13 Di Kedah Sudah Boleh Dijangka...

Keputusan PRU di Kedah 'predictable'

Hari ini hari kedua saya di Kedah dan saya nampak dengan jelas, kerajaan teraju PAS di Kedah akan kekal dan hampir kesemua kawasan Parlimen di negeri ini akan di menangi oleh PAS dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.  Malahan kerusi yang di sandang oleh UMNO di kawasan-kawasan DUN pun hanya menunggu masa untuk di ambil alih oleh PAS.

Saya tidak mempunyai perkiraan secara saintifik, tetapi apa yang jelas UMNO sudah terlalu jelas di ketepikan oleh rakyat negeri jelapang padi ini. Kehadiran dua orang setiausaha politik Perdana Menteri yang tersenarai sebagai calon BN tidak memberikan kesan positif untuk BN malahan menjadi semangat bagi rakyat Kedah untuk melakukan perubahan yang dinanti-nantikan mereka.

Tidak ada seiapa dapat mengagak apa yang akan di capai oleh Mukhriz Mahathir dan ramai rakyat Kedah bertanya kenapa dalam banyak-banyak kawasan DUN UMNO memilih untuk meletakkan beliau di kawasan Air Hitam. Orang-orang UMNO yang saya terjumpa semuanya bertanya, kenapa Mukhriz tidak di letakkan sebagai calon di Kuah misalnya. Saya Nampak persoalan sebegini menunjukan dengan jelas yang pekerja parti UMNO sendiri mempunyai perasaan kurang yakin Mukhriz akan berjaya memenangi kerusi ini.

BN meletakkan Othman Abdul sebagai calon BN di Pendang berdasarkan beliau adalah orang yang mempunyai grassroot di sana. Tetapi mengikut orang-orang tempatan Pendang, mereka beranggapkan yang Othman Abdul sudah lama meninggalkan kawasan ini dan kehadiran beliau tidak disenangi oleh pimpinan UMNO Bahagian Pendang sekarang ini. PAS pula meletakkan Mohamad Sabu sebagai calon untuk berhadapan dengan Othman Abdul. Maka keputusannya nanti adalah ‘predictable’ dan Mohamad Sabu akan mendapat kemenangan yang lebih besar dari kemenangan yang di capai oleh DR Hayati bekas Ahli Parlimen PAS yang tidak bertanding untuk memberi laluan kepada Timbalan Presiden PAS itu.

Penglibatan ramai muslimat PAS dalam PRU kali ini sudah menunjukan yang PAS adalah jauh lebih diyakini untuk menang kerana mana-mana pihak yang disokong oleh kaum wanita pihak itulah yang akan meraih lebih undi dari pihak yang lain itu.

Walaubagaimana pun kita masih mempunyai sembilan hari untuk melihat keputusan yang sebenarnya. Tetapi mengikut mood yang ada di akar umbi UMNO akan tetap menghadapi kekalahan dan beberapa kerusi yang disandang oleh UMNO sekarang ini pun akan banyak yang terjatuh ketangan PAS.

Begitulah keadaan di sini dan sebagimana yang saya katakan tadi keputusan pilihanraya kali ini adalah ‘predictable’.  

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa