Undi India terbuka untuk dimenangi, kata penganalisis
OLEH JAHABAR SADIQ
PENGARANG
APRIL 23, 2013
PENGARANG
APRIL 23, 2013
KUALA LUMPUR, 23 April — Komuniti India Malaysia kekal sebagai demografi kunci dalam Pilihan Raya 2013 dengan penganalisis mengatakan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bersaing hebat untuk mendapatkan bahagian masing-masing daripada hampir sejuta undi itu.
Lebih ramai kaum India mungkin akan mengundi BN kali ini berbanding 2008, kata penganalisis, dengan 52 peratus pengundi India yang ditinjau berpihak kepada gabungan pemerintah BN dalam tinjauan peribadi dijalankan oleh Merdeka Center for Opinion Research sebelum parlimen dibubarkan bulan lepas.
“Meskipun begitu, BN tidak seharusnya memandang ringan undi kaum India,” kata pengarah eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider dan menambah tinjauan tersebut dilakukan sebelum BN menamakan pemimpin hak Melayu Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon pilihan raya mereka.
Naib presiden Perkasa itu dibantah berikutan dengan kenyataannya dalam satu klip video yang menghina agama Hindu. Beliau memohon maaf diatas kenyataan tersebut dan menyalahkan bekas sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR).
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak mempertahankan pencalonan Zulkifli di kerusi Parlimen Shah Alam, mengatakan semalam peguam itu memperjuangkan isu India seperti pembinaan sekolah Tamil dan kuil Hindu di ibu negeri Selangor yang kebanyakkan penduduknya merupakan kelas menengah.
Pencalonan Zulkifli telah menimbulkan bantahan daripada beberapa kumpulan, termasuk sekutu Umno MIC, parti India dalam BN, akan tetapi Najib kekal dengan keputusan parti pemerintah itu untuk pilihan raya umum 5 Mei ini.
“Parti India pembangkang lemah dan eksploitasi terhadap pencalonan Zulkifli adalah tidak begitu tidak seperti yang dilakukan oleh organisasi penjawat awam,” kata Ibrahim.
Pengumpul pendapat itu juga mengingatkan, BN telah melakukan pelbagai inisiatif untuk mendapatkan semula undi India yang mereka hilang pada pilihan raya umum 2008 selepas bantahan mengenai kedudukan ekonomi dan sosial kaum India ditangani dengan keras.
Beberapa pemimpin Hindraf yang menganjurkan protes ditahan tanpa bicara selepas demonstrasi pada 2007. Akan tetapi semua sudah dibebaskan dan sekarang beberapa bersama BN dalam Pilihan Raya 2013 termasuk pemimpin Hindraf P Waythamoorthy yang menandatangani perjanjian dengan Najib beberapa hari lalu untuk memperbaiki keadaan komuniti tersebut.
“BN telah bekerja lebih keras untuk undi India, tidak seperti Pakatan yang bergelut sejak beberapa tahun lalu untuk mendapatkan sokongan Melayu,” kata Ibrahim menjelaskan mengenai kelebihan BN dalam tinjauan tersebut
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa