Mungkin dakwaan itu betul kerana berdasarkan bukti nyata ada pertindihan pengundi dengan daftar yang berganda, tidak pernah diakui pihak SPR
Mungkin juga dakwaan ini tidak benar kerana pemunggahan pengundi dari luar ini secara beramai-ramai memang susah untuk disorok
Mungkin juga betul kerana segala yang tak betul tidak pernah diakui tidak betul atau mengakui kesilapan oleh SPR
Mungkin dakwaan ini tidak benar, PR semata-mata mendakwa berdasarkan syak wasangka ke atas SPR
Yang susahnya ialah bila yang betul-betul berlaku dan ternyata dengan buktinya sekali pun tetap disangkal oleh SPR
Jadi macam mana rakyat nak percaya bulat-bulat penafian SPR?
Penafian Abdul Aziz ini lojik tetapi adakah semua yang berlaku dalam politik adalah berdasarkan lojik?
Maknanya kalau dikatakan kambing mampu terbang pun akan menjadi lojik di dalam politik!
'Mana boleh mudah-mudah terbangkan pengundi'
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mempersoalkan dakwaan bahawa terdapat penerbangan rahsia yang mendaratkan pengundi luar di Selangor menjelang pilihan raya umum ke-13 pada Ahad ini.
"Mana boleh? Saya tidak percaya bahawa seseorang boleh tempah tiket dan terbangkan orang Sabah atau Sarawak, atau dari semenanjung ke Sabah dan Sarawak (begitu saja)!"
Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim semalam mendakwa, risikan mereka mendapati Umno telah membawa masuk pengundi luar, khususnya dari Sabah menggunakan pengangkutan udara.
Bagaimanapun, Khalid yang juga menteri besar berkata, kumpulan itu tidak didaratkan di lokasi biasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) tetapi di "kawasan tertentu".
Aziz hari ini bagaimanapun menjelaskan, terdapat pemilih yang mengubah alamatnya daripada satu tempat ke tempat lain kerana berpindah - perkara yang sah menurut undang-undang.
Katanya, proses pilihan raya juga memperuntukkan tempoh bantahan selama dua minggu selepas senarai pengundi yang dipindahkan dipaparkan kepada umum, sebelum perubahan itu diwartakan.
"Kamu tak boleh mudah-mudah bawa orang dengan kereta, atau bas, atau kapal terbang begitu sahaja, kecuali mereka pergi melancong. Itu saya tidak tahu," katanya.
Malaysiakini sudah menghubungi beberapa pemimpin BN untuk mendapatkan ulasan atas dakwaan itu tetapi belum ada respons diberikan setakat ini.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa