Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 25, 2013

Chua Soi Lek Terima Taubat Zul Katak - Bila Pulak Bintang Porno Jadi Tuhan Kepada Katak?

Hasan Ali dan Harussani tolong berikan komentar sikit 
Kalau tak pun berikanlah Paktua atau Hukum!
Kartun bin Bengong berdengung-dengung sungguh malaun dua ekor nih!

Hoii.....Ularmak dalam UMNO, takkan nak tarbiah Sekor Bintang Porno dan Sekor Katak sesat pun tak boleh?

Chua Yang Hina Islam Atau Zul Katak Yang Hina Islam?

Assalamualaikum,, Chua Soi Lek, patut ditangkap dan dibicarakan kerana biadap kepada ugama Islam yang menjadi ugama resmi negara. Di mana UMNO yang mendakwa menjaga ugama, di mana JAWI yang selama ini menjadi alat UMNO? 

CSL sudah terlalu biadap dan menghina Islam tanpa sedikitpun teguran atau sekatan dari UMNO.Kalau dulu dia hina hukum hudud, sekarang menjelang PRU dia hina lagi Islam kerana sekor katak yang bertanding di Shah Alam. 

Zulkifli adalah kawan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pernah menjadi peguam pemimpin Pakatan Rakyat itu.

"Beliau telah bertanding di bawah PAS (sebelum ini). Beliau dan PAS adalah kawan yang sangat baik, oleh itu ketika berada dalam PAS, kemungkinan besar beliau menerap nilai-nilai dan budaya PAS.

"Dan hari ini dia telah insaf dan bertaubat dan saya terima taubatnya itu" kata Chua (kiri) dalam satu sidang akhbar ketika berkempen untuk calon MCA bagi Parlimen Pandan, peguam Gary Lim petang ini.

CSL ingat Islam sama macam kristian.Paderi boleh ampunkan dan terima taubat orang serta CSL nak berlagak sebagai paderi ugama ISLAM.Ini adalah penginaan yang tidak boleh diampunkan lagi.Di mana Perkasa yang hebat menentang penggunaan kalimah ALLAH, kerana menggunakan kalimah taubat juga tidak sepatutnya dibenarkan kepada orang bukan Islam macam CSL itu.

Kebetulan orang yang diterima taubatnya oleh CSL itu ialah katak Zul Nordin, naib presiden Perkasa, jadi WAJIB @ Najib Perkasa isytihar perang terhadap CSL.CSL sudah hina Islam, bukan sekali tapi berkail kali lebih teruk dari penghinaan golongan yang mahu gunakan kalimah ALLAH dari kalangan bukan Islam.CSL sudah menonjolkan dirinya sebagai musuh Islam.

Di samping itu nilai nilai dan budaya PAS itu apa? Orang Islam tahu nilai nilai dan budaya PAS ialah nilai nilai dan Budaya Islam yang sebenarnya, bukan nilai nilai dan budaya yang diamalkan oleh Zul Nordin.Di sini CSL berbohong kerana mendakwa Zul Nordin pernah bertanding di bawah PAS, kerana PAS tidak pernah membenar dia bertanding atas sebab nilai nilai dan budaya yang diamalkannya tidak mengikut nilai nilai dan budaya Islam.

Zul Nordin bukan seorang yang telah insaf dan bertaubat mengikut ajaran Islam.CSL tak tahu apa apa mengenai ajaran Islam tetapi sombong bercakap pasal insaf dan taubat.Orang macam Zul Nordin kalau dikatakan insaf dan bertaubat oleh seorang Islampun jelas bohong, apatah lagi orang bukan Islam macam CSL yang pernah jadi pelakon porno negara bercakap mengenainya malah kata katanya itu boleh menimbulkan kemarahan orang Islam kerana terasa terhina.

Kalau tak tahu pasal Islam jangan pandai pandai cakap pasalnya.Silap cakap ia menjadi penghinaan kepada ugama yang sepatutnya dihormati.~TKO 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa