Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 28, 2013

Auta Ker Belit Nih?

Pusing jangan tak pusing!
Tapi agak-agak sempat ker ko nak dedah selepas PRU?
Dalang Insiden Lahad Datu Tidak Akan Didedah Dalam Masa Terdekat - Zahid
BAGAN DATOH: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tidak bercadang mendedahkan dalam tempoh terdekat dalang di sebalik insiden Lahad Datu, Sabah.
Katanya, jika pendedahan dibuat sebelum Pilihan Raya Umum 5 Mei ini, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.
"Jadi tunggulah lepas pilihan raya nanti saya rasa saat yang terbaik. Sekarang ini kita hadapi pilihan raya dulu," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Kampung Nelayan Sungai Tiang di sini, Sabtu.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N.Surendran yang mendesaknya mendedahkan nama tiga pemimpin pembangkang yang terlibat dalam insiden Lahad Datu.
Surendran dilaporkan berkata jika Ahmad Zahid gagal mengemukakan nama berkenaan dalam tempoh 24 jam, jelas menunjukkan ia adalah "fitnah" yang dimainkan oleh Barisan Nasional (BN).
Ahmad Zahid berkata segala maklumat mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
"Saya tidak secara khusus menyebutkan sesiapa. Kenapa perlu melenting. Kenapa perlu memberikan amaran dalam tempoh 24 jam dan sebagainya," katanya.
Semalam, beliau berkata Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah itu. - mStar

3 comments:

  1. Kita akan dedahkan pengkhianat sebenar isu Lahad Dato selepas PRU13 nanti! Dan yang akan mendedahkan nama2 pengkhianat itu nanti ialah Menteri Pertahanan Kerajaan Pakatan Rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Auta tahap cipan je zahid tu..kalau betul sekalipun x kan la bodoh spring nak tunggu lepas pru baru nak dedah? 3 dalang tu semuanya bertanding di pru.kalau didedah secara psikologi akan memberi kesan buruk calon-calon tersebut di mata pengundi mereka.bukan ke kalau dedah sekarang akan memberi kelebihan positif di pihak be end? temberang je lebihhh...

    ReplyDelete
  3. menteri apa ni.isu keselamatan dia boleh amik mudah pulak...main politik kotot...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa