Keyakinan yang lebih mungkin membawa padah
Rakyat akan kecewa....
Lebih ramai setuju Anwar jadi PM berbanding Najib
Kajiselidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului Datuk Seri Najib Razak sebagai calon perdana menteri Malaysia yang baru.
Tinjauan pada awal April itu, melibatkan 1,407 responden yang menetap di Semenanjung Malaysia menunjukkan sebanyak 43 peratus responden percaya Anwar layak menjadi perdana menteri manakala 24 peratus lagi berpendapat sebaliknya, dan selebihnya tidak pasti.
Untuk Najib pula, 39 peratus responden berkenaan berpendapat beliau layak menjadi perdana menteri manakala 31 lagi tidak bersetuju. Seramai 30 peratus lagi tidak pasti.
Apa yang menarik, seramai 54 peratus responden Melayu berpendapat Anwar layak menjadi perdana menteri dan hanya 28 peratus yang mahu Najib menjadi perdana menteri.
Di kalangan pengundi kali pertama pula, 48 peratus responden percaya Anwar layak menjadi perdana menteri manaka 25 peratus lagi berpendapat demikian untuk Najib.

Berbanding dengan hasil kajiselidik Umcedel pada bulan Januari, rating Najib merosot empat mata manakala Anwar meningkat satu mata.
Dari segi responden Melayu, Kedudukan Najib merosot 18 mata manakala Kedudukan Anwar pula meningkat sembilan mata.
Najib dan Anwar dilihat bersaing rapat dalam bidang-bidang yang lain.
Najib mempunyai sedikit kelebihan dari segi pemimpin yang rapat dan mesra rakyat, berbanding dengan Anwar.
Lima puluh empat peratus responden percaya Najib lebih "mesra rakyat" berbanding dengan 46 peratus untuk Anwar.
Pengarah Umcedel, Prof Datuk Mohd Redzuan Othman memberitahu satu sidang media hari ini bahawa ini kerana Najib muncul di TV hampir setiap hari, berbanding dengan Anwar yang hanya muncul apabila ada sesuatu yang tidak baik mengenainya.
Najib juga dilihat sedikit lebih mampu dalam pentadbiran berbanding dengan Anwar, manakala Anwar mempunyai kelebihan sedikit dari segi ketelusan dan wawasan untuk memajukan negara.
Bagaimanapun, Anwar mempunyai kelebihan yang jelas dari segi pemimpin yang memiliki ciri-ciri kepimpinan Islam, dengan 43 peratus daripada responden menyatakan beliau memiliki ciri-ciri tersebut, berbanding dengan 37 peratus untuk Najib.
Sementara itu, kajiselidik itu juga mendapati 62 peratus responden berkata mereka tidak dipengaruhi oleh video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang beredar di Internet.
Tiga puluh sembilan peratus responden berkata mereka yakin video seks itu sebagai "propaganda Umno" untuk membuat serangan peribadi, manakala 39 peratus berkata mereka tidak pasti.
Dua puluh dua peratus responden tidak bersetuju bahawa klip itu "propaganda Umno".
Redzuan berkata, nampaknya kempen memburuk-burukkan Anwar (dalam media arus perdana) tidak benar-benar memberi kesan buruk terhadapnya.
Sementara itu, 63 peratus responden berkata mereka mahu melihat debat antara Najib dan Anwar manakala 19 peratus tidak bersetuju dengan idea tersebut

Secara peribadi saya lebih menyokong kepada Ustaz Nasharuddin untuk menjadi PM dari kedua-dua calon ni. Beliau lebih berpeluang untuk menyatukan rakyat Malaysia; sesuatu yang langsong tidak dipedulikan kedua-dua tokoh yang diketengahkan ini. Saya dah jelak dengan pertelagahan yang ada sekarang ini. Orang lain sedang berusaha untuk maju kehadapan tetapi kita di Malaysia sedang bergolak hendak menjatuhkan sesama sendiri. Apa yang pasti, sebaik sahaja PRU13 berakhir, agama Islam dan orang Melayu yang akan rugi. Cina dan India bersorak gembira kerana mereka yang akan di timang manja kerana berjaya jadi penentu siapa bakal berkuasa setelah Melayu terbelah dua dan tidak lagi mahu duduk semeja.
ReplyDeleteorg kg jambi, rengit.
ReplyDeleteanda membaca akhbar tahun lepas ke? pastikan tarikh nya 2013 bukan 2012.sekian.