Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 26, 2013

Garang Tak Bertempat, Cerdik Tak Berhemah....

Buatlah apa kamu suka, rakyat akan pilih apa yang mereka suka
Bergaduhlah, biar sama-sama runtuh!
Pas tetap tanding Kota Damansara, sifatkan PSM lupa daratan
IZWAN ROZLIN
26 April 2013
PETALING JAYA – Pas Kawasan Subang menyifatkan tuduhan dilemparkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) kononnya parti itu menceroboh kerusi Dun Kota Damansara sebagai melampau.
Timbalan Yang Dipertuanya, Roslan Abu Bakar berkata, kenyataan dan tuduhan tersebut tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pengerusi parti.
Menurutnya, PSM kini dilihat seolah-olah ‘lupa daratan’ dan asalusulnya sebelum ini.
“PSM dibantu bertanding atas tiket PKR pada pada pilihan raya umum 2008 kerana ketika itu pendaftarannya masih belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
"PSM harus ingat ketika itu Pas juga yang membantu untuk mengerakkan seluruh jentera kempen dan bilik gerakan di kawasan Dun itu, jadi saya harap Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim boleh cuba ingat-ingatkan kembali tentang sejarah ini,” katanya ketika mengulas mengenai tindakan PSM melabel Pas penceroboh seperti yang disiarkan akhbar ini semalam.
Roslan berkata, sebelum kawasan Dun Kota Damansara dipecahkan menjadi sebahagian Parlimen Subang, Pas sudah bekerja dan bertanding di kawasan itu mewakili Dun Paya Jaras dan Dun Bukit Lanjan.
“Kami ada mandat dari pucuk pimpinan, jadi PSM harus memahami hakikat bahawa Pas tetap akan bertanding di kawasan Dun ini atas permintaan pengundi dan kajian yang dilakukan sebelum ini demi kemenangan Pakatan Rakyat,” katanya.
Dalam pada itu calon Pas Kota Damansara, Ridzuan Ismail, 34, berkata, sejak lima hari berkempen, beliau sudah turun ke hampir semua kawasan di Dun itu.
Beliau ketika ditemui di Subang Perdana semalam berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Kota Damansara jika diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat di situ.
“Banyak perkara akan saya beri perhatian terutama melibatkan isu kebajikan dan menyelesaikan masalah infrastruktur seperti jalan berlubang serta kemudahan awam yang perlu dipertingkatkan atas permintaan penduduk di sini,” katanya.

2 comments:

  1. dah berhari2 kita dok kutuk tindakan 'bijak' depa ni, tapi langsung tak berbekas! pak mentua kat rusila tu pun lgsung tak berbunyi! macam gampang!

    gua 1 family mengundi kat cni, ok je ngan dr. nasir ni. xde pulak gua terpengaruh pakai topi bintang tiga sekarang... dr nasir ni kalau hang pa nak tau, secara peribadi, gua rasa wakil rakyat yang paling humble and paling simple, takde protokol langsung. senyum memanjang dia ni tak mcm sesetengah pemimpin, salam pun tak pandang muka kita, muka pulat kelat.

    kita tengok la outcome mcamana. kalau antara psm and pas ni kalah, gua nak tengok sapa yang dapat undi lagi byk, baru kita tau penerimaan masyarakat cni. dan gua rasa, pr akan kalah sbb undi split 2. bukan sbb org suka bn, tap sendiri mau ingat lah.
    psm ni mintak 3-4 kerusi je pru13, itu pun nk cantas? hmmm...

    anak menantu dah naik daun...

    ReplyDelete
  2. tapi yg paling x bleh blah punya ayat...di tuduhnya dr nasir lupa diri...mmmm...apa punya bengap pemimpin PAS ni. Gua ingat kalau di tanya apa tu sosialis, komunisme,, nationalis..mau gagap nak menjawab. Umno tu jelas2 nationalis boleh plak nak berpadu-padu...Hadi Awang ni mmg ego nak mampus. Dpt plak menantu yg yg rasa diri tu hebat, terbaik islamnya. Gua harap, pengundi kota damansara beri sikit tunjuk ajar kepada barua2 UG ni di peti undi. Gua nak tiru Sniper punya ayat...TGHA pernah ke masuk penjara...?. Dr Nasir ni dah berjuang utk rakyat sebelum pemimpin2 PAS Kota Damasara ni lahir lgi, or paling tidak pun...masih pakai lampin berak mak bapak tolong basuhkan...lupa diri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa