Jajalah bini muda yang cun melecun dan come lote berkempen
Apa-apa pun bukannya salah Bung oii...
Tapi semacam isyarat terasa goyah jer?
Apa khabar Syafie Apdal?
Selasa April 23, 2013
Zizie Ezette Cukup Teruja Ikut Suami Masuk Kampung
Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 35, berkata, setiap hari dia dan suami perlu keluar rumah mereka di Sandakan seawal pukul 7 pagi untuk ke Parlimen berkenaan yang mengambil masa satu jam 30 minit dan pulang lewat malam.
“Saya mengaku, selepas penamaan calon pada Sabtu lalu, saya hanya tidur dalam masa empat atau lima jam sahaja kerana saya perlu membantu suami untuk berkempen.
“Buat masa ini, telah banyak kawasan yang sudah kami senaraikan untuk dilawati termasuklah di kawasan-kawasan pedalaman,” kata Zizie yang ketika ini berada di Sabah ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.
Dalam PRU-13, Bung Mokhtar yang merupakan penyandang Ahli Parlimen Kinabatangan akan ditentang oleh Abdullah Abdul Sani (PKR), Yambuya Perantis @ Cyril Pongod (Star) dan Ali Latip Taha (Bebas).
Pada PRU 2008, Bung Mokhtar memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 6,326.
Zizie menambah, pengalaman mengikut suami berkempen bukanlah satu masalah walaupun beliau kurang tidur kerana pengalaman itu hanya akan dapat dirasi empat atau lima tahun sekali sahaja.
Zizie Ezette (kanan) dan Bung Mokhtar (tengah) bersama-sama menyertai kempen PRU-13 di Kinabatangan, Sabah.
Zizie Ezette (kanan) dan Bung Mokhtar (tengah) bersama-sama menyertai kempen PRU-13 di Kinabatangan, Sabah.
Ujarnya, sebagai seorang artis, perkara itu turut memberi sumbangan besar kepadanya kerana orang ramai bukan sahaja mahu memberi tumpuan kepada Bung Mokhtar tetapi kepada diri dia juga.
“Percaya atau tidak semasa hari penamaan calon, ketika suami berada di dalam dewan, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mendekati saya yang berada di luar.
“Saya mengambil kesempatan itu untuk meminta mereka agar terus memberi sokongan kepada suami dan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya ini. Mudahlah bila isteri dan suami sama-sama popular,” selorohnya.
Tambah Zizie, pengalamannya memasuki kawasan kampung bersama suami selama ini tidak membuatkannya kekok dan dia mengakui selesa walaupun ada di antara tempat memerlukan dia memakai selipar, kemeja T dan jean sahaja.
Katanya, apa yang menggembirakan, penduduk di parlimen berkenaan kebanyakannya memberi sokongan penuh kepada Bung Mokhtar kerana mereka percaya kepada kerja keras suaminya itu membangunkan kawasan berkenaan.
“Percaya atau tidak, suami saya tidak pernah menutup pintu rumahnya di Sandakan. Orang ramai boleh datang keluar masuk untuk meminta bantuan ataupun berkongsi masalah.
“Mungkin sebab itulah suami saya benar-benar popular di Kinabatangan ini,” ujarnya yang hanya akan pulang ke Kuala Lumpur selepas PRU-13 selesai.
Cakap sebelum menang dan cakap sebelum menjadi bini tua lah tu. Rakyat Kinabatangan Sabah akan lapar dengan melihat kecantikkan kamu sahaja, yang lain mereka dah kenyang.
ReplyDeleteHehehe ye ke makcik?
ReplyDeleteJust too good to be true :)