Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 26, 2013

Bala Dari Trasfomasi Cara Najib

Angka yang menggerunkan
Siapa yang terpaksa bayar?
Tahap hutang negara mencemaskan
Zainal Abidin Nor April 26, 2013
Dalam tempoh 4 tahun sahaja di bawah pentadbiran Najib, hutang negara meningkat dari RM250 bilion kepada RM550 bilion

KEPONG: Kedudukan hutang negara berada pada tahap yang paling teruk dan mencemaskan dalam tempoh empat tahun Datuk Seri Najib Tun Razak memegang jawatan perdana menteri.
Dalam tempoh empat tahun itu (April 2009 hingga April 2013), hutang negara telah melonjak lebih dua kali ganda, dari RM250 bilion kepada RM550 bilion, kata R Sivarasa, calon PKR kerusi Parlimen Subang dalam satu majlis ceramah berkelompok di sini malam tadi.
Ini katanya, tidak termasuk lagi hutang ditanggung oleh Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti MAS dan Tenaga Nasional.
Kalau diambil kira hutang GLC maka hutang negara telah mencecah lebih RM700 bilion.
Berbanding dengan pentadbiran lima perdana menteri lalu, Najib sebagai perdana menteri yang keenam, adalah yang paling boros sekali
dan gagal mengurus kewangan negara dengan baik.
Ujar beliau, “jika kita sayangkan negara ini dan mahu menyelamatkan negara dari dihancurkan oleh pemerintah kerajaan Umno-Barisan
Nasional (BN) maka kita hendaklah berusaha untuk menjatuhkan kerajaan ini dan tukar dengan Pakatan Rakyat.”
Sivarasa menambah, berbanding dengan Selangor, dalam tempoh lima tahun sahaja kerajaan negeri Pakatan Rakyat berjaya mencatatkan lebihan kewangan (surplus) sebanyak RM2.6 bilion dari RM400 juta yang diwarisi dari kerajaan Umno-BN.
“Ini kerana para pemimpin Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan rasuah dan cuba bayangkan berapa banyak yang boleh kita lakukan sekiranya kita dapat memerintah Putrajaya,” jelas beliau.
Sebelum Parlimen dibubarkan pada 3 April lalu, kedudukan hutang negara berada pada tahap lebih RM547.79 bilion atau lebih 53% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Dari sudut pengurusan kewangan, kedudukan ini merupakan satu tahap yang bahaya dan jumlah ini dijangka meningkat lagi sekiranya Umno-BN berjaya mengekalkan pentadbiran Putrajaya.
Sivarasa akan mempertahankan kerusi Parlimen Subang pada Pilihan Raya Umum ke 13 ini.  Beliau akan menghadapi A Prakash Rao dari Barisan Nasional, Edros Abdullah (Bebas) dan Nazaruddin Aziz (Bebas).

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa