Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 24, 2013

Kesian Awek Nih, Adakah Kerana Cunnya Yang Memakan Diri?

Adakah kerana dia agak menarik membuatkan orang dengki?
Atau ada sebab lain di dalam DAP yang kita tidak tahu?

Dalam politik, jatuh menjatuhkan adalah perkara biasa
Aku sendiri pun pernah merasa!

Selasa April 23, 2013
Saya Adalah Calon Paling Boleh Menang – Jenice Lee
PETALING JAYA: Bekas pemimpin DAP yang dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Jenice Lee mendakwa beliau adalah calon, 'paling boleh menang' dalam saingan untuk mempertahankan kerusi yang disandangnya itu.
Walaupun terpaksa berhadapan dengan empat calon lain termasuk seorang calon DAP, dia mendakwa mendapat sokongan yang lebih ramai daripada calon DAP pada hari Penamaan Calon.
"Tunjukkan kepada saya DAP cawangan mana di sini yang tidak menyokong saya. Semua mereka mencadangkan nama saya sebagai calon kepada parti. Ini menunjukkan pimpinan tertinggi enggan mendengar kepada pendapat akar umbi," katanya dalam temubual yang sedikit beremosi dengan Switup.Tv PRU-13 bersama wartawan Regina Lee.
Beliau berkata dia tidak memohon maaf kerana bertanding sebagai calon Bebas, dan beliau mendakwa wujudnya konspirasi dan cerita-cerita sabotaj dikalangan ahli parti sendiri.
Lee turut menyelar tindakan ‘sesetengah pemimpin atasan parti’ dengan mendakwa popularitinya telah mencetuskan 'konspirasi' untuk mengetepikannya sebagai calon.
Dia juga mendakwa beberapa ahli parti membuat pelbagai tuduhan terhadapnya.
"Mereka mendakwa saya menyalahguna dana dan membuat serangan peribadi, dengan mengatakan saya mempunyai hubungan dengan ramai lelaki," katanya.
Sekiranya parti serius untuk menyiasat semua dakwaan itu, Lee berkata mereka sepatutnya mula bertindak apabila khabar angin itu mula tersebar pada 2011.
Beliau mendakwa dia diketepikan kerana perasaan 'cemburu'.
"Dalam pemilihan parti di Selangor pada 2010, saya menerima jumlah undian paling tinggi dan saya salah seorang daripada calon paling popular dalam parti," katanya.
Disebalik 'populariti' yang dikecapinya itu, Lee tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Pemuda Sosialis DAP Selangor ditangan bekas pembantunya tahun lalu.
Walaupun mendakwa wujudnya unsur sabotaj. Lee berkata beliau akan cuba untuk menyertai DAP kembali sekiranya dia memenangi pilihan raya, dan jika tidak beliau akan kekal sebagai rakan yang menyokong Pakatan Rakyat.
"Hati dan jiwa saya masih bersama DAP kerana ia sebuah parti yang baik, namun ada sebahagian pemimpinnya mengamalkan kronisme.
"Saya fikir saya perlu membetulkan keadaan ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa