Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 24, 2013

Entiti Terakhir Di dalam BN Dah Letak Paku Terakhir?

Di pihak PR
Ada lagi ker mana-mana jalan dan ikhtiar untuk betulkan?
Bertempik melolong memang tak menjadi hal kepada siTuli!

Lupakan soal daftar pemilih kerana telah diwartakan, kata Wan Ahmad
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
APRIL 24, 2013


JOHOR BARU, 24 April — Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menggesa agar pemimpin politik agar tidak lagi mempersoalkan Daftar Pemilih bagi Pilihan Raya Umum 2013 kerana ia telah pun diwartakan.
Wan Ahmad berkata, SPR telah memberi masa yang cukup ketika tempoh pameran dan bantahan dan waktu ini mereka perlu fokus kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) pada Mei depan.
“Daftar pemilih dah lepas, dah disahkan dah muktamad,” katanya kepada pemberita di sini.
“Masa kita pamer dulu minta orang semak, sekarang kita sudah wartakan ... kita sudah hampir dengan pilihan raya, dan hari pengundian.”
Beliau berkata, daftar pemilik SPR mempunyai lokaliti pengundi, dan jika parti politik ingin mencari pengundi mereka, ia adalah atas inisiatif parti sendiri.
“Daftar pemilih kita ada lokaliti mereka (pengundi). Itu sahaja. Daftar pemilih diguna sejak dulu lagi.
“Pandai-pandai partilah. Nak semak, semak rumah ke rumah ... tetapi, perlu diingat, pergi menyemak pengundi rumah ke rumah ini mengganggu privasi pengundi,” katanya selepas melawat kawasan Pusat Mengundi Parlimen Gelang Patah di sini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa