Bila musuh dah mula menembak dengan senjata pemberian kita
Barulah kelam kabut menggali kubu dan mencari senjata penangkis
Bila sudah riuh rendah, Hadi cuba redakan keadaan
'Damage has been done' Hadi oiii..., Nik Aziz oii...., Karpal oii....
Akan fahamkah bakal pengundi?
Adakah isu ini akan terpadam di sebelah sana/BN?
Aku harap sangat selepas ini tidak akan ada lagi sesiapa dari Pimpinan PAS yang membuka mulut mengenai apa saja isu yang merugikan PR
Hadi: PAS tak paksa DAP terima hukum Hudud
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak akan memaksa DAP, rakannya dalam pakatan pembangkang, untuk menerima pelaksanaan hukum hudud.
Semasa berceramah di Kampung Batu Rakit dekat Setiu malam tadi, Abdul Hadi memberi hujahnya berdasarkan sebaris ayat Al-Quran yang bermaksud 'tiada paksaan dalam agama'.
"Dalam perkara yang bersama, kita bersatu. Dalam perkara yang berbeza kita tidak berkelahi. Timbul masalah PAS melaksanakan hukum hudud, DAP tidak setuju tetapi tidak menentang.
"Ini suatu perbezaan yang kita kena faham. Kalau kita tidak boleh paksa dalam perkara agama, maka undang-undang lebih lagi tak boleh paksa. Ini dasar yang kita amalkan," katanya.
Abdul Hadi berkata masyarakat bukan Islam kini mula buka mata dengan menerima pucuk pimpinan utama negara dengan syarat pentingnya ialah beragama Islam.
Katanya parti itu mensasarkan kemenangan terlebih dahulu bersama sekutunya PKR dan DAP pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan kemudian barulah akan melaksanakan aspirasi PAS secara berperingkat.
"Kita nak menangkan dulu pakatan rakyat ini, biar rakyat pilih kita dulu. Nak tunaikan amanah buku jingga negara berkebajikan yang sama dengan PAS.
"Jangan bimbang kalau pakatan rakyat menang, perdana menteri (tetap) orang Islam. Kalau orang takut saya jadi PM tak apa, saya (turun) ke laut pun tak apa. Saya (boleh) jadi wakil rakyat pantau PM sama ada dia buat betul ke tidak," kata Abdul Hadi.

Alahai., engko tu yang menambahkan lagi kekusutan.. Baik engko hentam BN dari hari2 ko dok hentam PR.. Puiiiii.. Ke ko ni ejen BN.. Macai BN.. Hakhak..
ReplyDeleteAnon 1:19 PM
ReplyDeleteJangan jadikan PAS sama macam UMNO yang tak boleh ditegur!
Ko ni di dalam barisan Pimpinan atau kutu tukang arak bendera saja?
Pemimpin yang bijak adalah Pemimpin yang menilai teguran!
Rasulallah yang ma'sum lagikan menerima kritikan/nasihat sahabatnya, inikan pula Pemimpin PAS/manusia biasa!
geng UG ni memang banyak eksyen...janganlah perasan, kalau tak der pakatan masing2 boleh pergi sendiri ke?...cermin muka sendirilah...
ReplyDeletemereka saling memerlukan antara satu sama lain...tapi, sebenarnya anwarlah yang membuatkan mereka boleh berpakat...
mastermind adalah, TGNA, DSAI & LKS.
Alhamdulillah! Akhirnya TGHH mengeluarkan kenyataan yang boleh meredakan keadaan... Cuma diharap agar pimpinan PR lebih berhati2 mengeluarkan kenyataan dalam masa 10 hari ni... Walaupun niatnya baik tapi dikhuatiri akan disalah ertikan & dimanipulasi oleh Umno BN... Allahuakbar!!!
ReplyDelete