Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 27, 2013

Zahid: Antara Kelentong Dan Benar

Selagi IGP atau PAT tidak bersuara mengesahkan, aku rasa majoriti rakyat susah nak percaya
Selepas dikelentong oleh Hishamuddin mengenai pencerobohan Lahat Datu sebagai bukan penceboh dan bukan militan dan Zahid sendiri tentang menembak mati 35 orang militan Sulu yang dinafikan kerajaan Filipina semalam

Tetiba hari ada pula laporan ini
Ko ingat senang-senang orang nak percaya? 
Mungkin ko saja nak burukkan PR dan menakut-nakutkan penduduk Sabah
Lidah orang politik yang terdesak terutama seperti Zahid ni boleh jadi apa-apa saja!

Zahid: 3 pemimpin pembangkang jadi dalang isu Lahad Datu

ALOR SETAR - Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
"Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah.
"Maklumat kini sudah terkumpul dan semua butir-butir itu akan diserahkan sepenuhnya di Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika sidang media selepas Majlis Lawatan Kerja Menteri Pertahanan di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas di sini hari ini.
Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut.
Beliau berkata, pihaknya tidak mahu dianggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik, maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas pilihan raya umum ke-13.
"Sesuatu tindakan perundangan hanya boleh dilakukan apabila keterangan dirakamkan, direkodkan, kami dah ada semua itu.
"Bila akan diserahkan... tunggu selepas pilihan raya dan tindakan juga akan diambil lepas pilihan raya, kita tidak mahu mereka kata kita bermain politik, jadi kita serah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengelakkan dicapkan sandiwara politik Umno," katanya. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa