Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 26, 2013

Najib, Buktikan Kamu Adalah Jantan!

Berhentilah jadi bacul
Berhentilah menyorok di bawah ketiak bini

Kalau dulu hanya Anwar yang minta debat
Tetapi sekarang Rakyat Malaysia yang minta

Kalau nak debat pun takut, bagaimana nak mengemudikan Negara dan mengepalai rakyat dengan jaya?
Kamu jadi PM sebelum hanya menumpang tuah Pak Lah ajer

Sudah-sudahlah bercakap berdegar-degar tanpa hujah di belakang lawan dengan memperalatkan semua media penjilat
Rakyat nak tengok kamu berdepan dengan hujah bukan dengan ugutan melalui penguasa yang di bawah kuasa kerajaan

Pengundi mahu Najib, Anwar debat manifesto PRU13
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
25 April 2013

KUALA LUMPUR - Lebih daripada 60 peratus responden yang dipilih secara rawak oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat berhubung manifesto masing-masing menjelang hari mengundi 5 Mei ini.

Kajian membabitkan 1,407 responden ini bermula pada 3 April lalu dan berakhir pada 20 April iaitu pada hari penamaan calon.

Sebanyak 23 peratus daripada responden mengatakan debat mengenai manifesto kedua-dua pemimpin ini tidak perlu sementara 14 peratus lagi tidak pasti mengenainya.

Hasil kajian yang dilakukan oleh Umcedel menunjukkan pengundi Cina lebih cenderung kepada manifesto yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat (PR) pada Februari lalu.

"(Sebanyak) 77 peratus pengundi Cina yakin janji PR menurunkan harga minyak," kata Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman pada sidang media hari ini.

Antara manifesto popular PR yang ditanya kepada masyarakat termasuklah janji menurunkan caj air dan elektrik (64 peratus), menghapuskan tol (60 peratus),  menurunkan harga kereta (61 peratus) dan pendidikan percuma (63 peratus).

Sementara manifesto BN yang turut ditanyakan ialah menaikkan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada RM1,200 (52 peratus), janji program transformasi seperti Klinik Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (52 peratus) dan jani membina satu juta rumah mampu milik (51 peratus).

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa