Aku tak reti nak ulas apa-apa
Dahlia dan Nik Aziz alim di bidang masing-masing
Cuma yang aku nampak Dahlia menulis semata-mata berlandaskan politik
Walau pun politik adalah bidang pengajiannya tetapi dia bukan ahli politik yang aktif
Sedangkan Nik Aziz adalah Agamawan dan politikus jadi ungkapan Nik Aziz adalah ramuan kedua-duanya
Bila sebut agamawan maka bidang dakwah tidak boleh dipisahkan darinya

Maaf Nik Aziz, kita tak perlu momok sekularisme lagi
Bukanlah sebuah keanehan jika agama dan politik sering memiliki masalah yang sama.
Salah satu contoh masalah yang paling ketara dapat kita saksikan tatkala agamawan dan politikus saling mengunakan istilah-istilah sembarangan, yang secara spontan dianggap jelek dalam menjustifikasikan perkara bersifat politik dan keagamaan.
Saya membuat rumusan ini berdasarkan tulisan Nik Abdul Aziz Nik Mat, seorang agamawan sekali gus politikus PAS, berjudul "Isu Syiah: Nasionalis sekular lebih hebat menipu" seperti disiarkan Malaysiakini semalam.
Berdasarkan tulisan mursyidul am PAS tersebut, saya melihat Nik Abdul Aziz masih lagi terbeban dengan konsep yang sukar dipertahankan dewasa ini, terutamanya dari kaca mata kemasyarakatan.
Nik Abdul Aziz menggunakan istilah nasionalis, sekular dan gabungan nasionalis-sekular dengan memomokkannya sebagai "hebat menipu", "(tiada) manfaat", "palsunya seruan", "khurafat moden" dan lain-lain - semuanya negatif!
Momokan ini sangatlah tidak wajar. Ini kerana, semua parti politik di Malaysia, sama ada diakui atau tidak, beroperasi dalam kerangka nasional, termasuklah PAS.
Paling tidak, PAS terpaksa mengambil kira aspek-aspek kepentingan nasional dalam sebarang dasar-dasar terbarunya.
Sebab itu, kita dapat lihat betapa PAS semakin hari semakin terbuka (moga-moga), kerana mereka sebenarnya terpanggil untuk mempertimbangkan persekitaran masyarakat Malaysia yang majmuk.
Ini menunjukkan PAS serba sedikit juga parti berunsurkan nasionalis, kerana mereka terpaksa memperhitungkan keperluan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia, termasuklah keperluan masyarakat bukan Islam.
Sehubungan dengan itu, sekiranya menjadi nasionalis sebuah dosa besar di mata Nik Abdul Aziz, maka saya tidak tahu sebesar apakah lagi dosa untuk mereka yang digelar nasionalis-sekular.
Makna sekular kini longgar
Tentu saja, semua kata yang disandingkan sekular, akan secara langsungnya menjadi sebuah kosa kata paling dimusuhi, lebih-lebih lagi bila ia keluar dari lidah para agamawan.
Tetapi, apakah kita sejujurnya faham tentang makna sekular?
Dalam hal ini, kita harus mengakui bahawa Nik Abdul Aziz agak kekurangan analisis moden dalam memahami pembentukan dan perkembangan sesebuah negara moden dan fungsi kemasyarakatan.
Lebih malang lagi, kekurangan ini gagal ditampung pula oleh para agamawan lain di Malaysia, sehingga membantutkan pembangunan wacana agama dan politik di Malaysia, sekali gus menyebabkan kompleksiti masyarakat sukar dijernihkan.
Kita banyak menghabiskan masa berbahas mengenai hal yang serupa - dari agama, nasionalis, sekular dan berpusing-pusing pada lingkaran yang sama - tanpa cuba menyingkap jendela luar melihat perkembangan wacana semasa mengenai subjek-subjek tersebut.
Kalau tidak salah pengamatan saya, secara umumnya para agamawan di Malaysia mudah menyangka bahawa sekular berbahaya dan lawan besar agama.
Sungguhpun begitu, jika kita mengikuti wacana sekularisasi yang berlaku dewasa ini, dalam wacana akademik global, kita akan mengetahui bahawa makna sekular telah menjadi longgar dan tidak bererti memusuhi agama secara totok.
Malah, dalam sesetengah wacana sekularisasi, kata ini diibaratkan sama dengan kata rasionalisasi atau dalam perbahasan mazhab sosiologi dikaitkan dengan masyarakat kefungsian (functional society).
Justeru dalam perkembangan waktu, sekular bukanlah difahami dalam erti ketat seperti yang selesa dibayangkan para agamawan kita, termasuklah Nik Abdul Aziz dalam tulisannya yang sarat momokan tersebut.
Sekular, dengan hanya mengambil satu juzuk wacana sosiologi, sebuah proses rasionalisasi yang dilakukan oleh masyarakat bagi membentuk dasar-dasar yang bersifat politik secara bersama demi mencapai sebuah muafakat nasional.
Hal inilah yang pernah disedari PAS, bila mereka menggunakan istilah Negara Berkebajikan dan mengurangkan penggunakan istilah Negara Islam?
Corak pandangan bahaya
Menurut saya, tindakan itu sebenarnya tindakan rasionalisasi (baca: sekularisasi) kecil-kecilan yang PAS cuba dilakukan.
Dalam bahasa lain, PAS ketika berdepan dengan masyarakat luas, maka mereka terpaksa mengambil kira proses bersifat sekular bagi mencapai maksud-maksud politiknya.
Kerana itu, sejauh pengetahuan saya, tidak tepat bagi Nik Abdul Aziz menggunakan istilah nasionalis-sekular, lalu mencemuhnya seolah-olah dosa abadi bagi mereka yang berdiri atas nama nasionalis mahupun sekular.
Ada beberapa perkara lagi yang layak disentuh, terutamanya penegasan Nik Abdul Aziz berkenaan penyatuan atas nama agama, membasmi Syiah, dan lain-lain.
Tetapi itu semua bukanlah masalah, sekali lagi, jika Nik Abdul Aziz memahami konsep negara moden.
Pokoknya, Nik Abdul Aziz kehilangan idea dalam mencermati rangkaian hubungan antara agama dan masyarakat.
Dengan membayangkan bahawa agama berada atas masyarakat, itu seperti dengan sengaja Nik Abdul Aziz ingin menyatakan bahawa masyarakat kita tidak ada fungsinya.
Hemat saya, kalau kita teliti baik-baik, corak pandangan sebeginilah yang lebih bahaya berbanding dengan apa bahaya pun yang pernah kita kenal dalam kehidupan bernegara.
Setidaknya, sekularis-nasionalis, dengan mempertimbangkan kewacanaan semasanya, sedia menempatkan peranan masyarakat dalam membuat keputusan bersama.
Ini termasuklah menghormati peranan perlembagaan sebagai sebuah institusi politik moden.
Agama dahului perlembagaan?
Sebaliknya, para agamawan yang percaya pada "kejahatan nasionalis sekular" akan menjadikan masyarakat sebagai objek yang tidak berdialog dengan dinamika perkembangannya sendiri.
Bahkan, ada diantaranya berkhayal bahawa agama mendahului perlembangaan.
Kegagalan berfikir seperti inilah, kita menyaksikan betapa perbahasan semasa di Malaysia ada kecenderungan rasisme.
Kedangkalan bahkan kelucuan, yang mana semua kalimat ini patut dihalau jauh-jauh dari kerangka negara moden.
Dalam kata lain, dengan membenarkan momokan seperti ini dari terus menerus berlaku, ia sekali gus membuka pintu totalitarianisme seluas-luasnya. Dan ironinya pintu itu secara kudus dibuka oleh para agamawan kita.
Natijahnya, dengan bantuan agama dan agamawan, maka totalitarianisme ini akan menguburkan fungsi masyarakat dalam sebuah trilogi nesan: negara-agama-parti, sebuah kubur kenegaraan yang sesempit-sempitnya.
Jika inilah haluan yang negara kita pilih, sudah jadi tugas berat bagi segenap lapisan masyarakat untuk membantu (baca lagi: mengkritik juga membantu) PAS dalam memahami apa itu negara moden.
Jika tidak, perkembangan negara kita akan makin membosankan.

DAHLIA ABIDI menjiwai kehidupan surirumah sepenuh masa dan telah melengkapkan pengajian doktor falsafah (PhD) di sebuah institut politik di Paris.
negara moden tak perlu ikut perintah Allah ke dalam urusan tatacara memerintah.tulisan yang berbunga kurang buah kalau ada buah pun bila dimakan rasa nak termuntah. perlembagaan negara Islam mesti berpaksi kepada panduan dari al Quran
ReplyDeleteramai manusia yang macam ni.sebab tu bila ada masalah rujuk Al Quran bukan aturan ciptaan manusia.lombu tak boleh jaga lombu manusia jaga manusia dengan panduan dari Allah yang mencipta manusia.
Nampaknya Dahlia Abidi keliru dan mengelirukan semua mengenai apakah itu sekular. Kenapa tidak dihuraikannya definasi sekular dari persepsi beliau? Dia sendiri tidak benar2 faham mengenai sekular dan dan nasionalis (baca rasis).
ReplyDeleteKatanya lagi "Bahkan, ada diantaranya berkhayal bahawa agama mendahului perlembangaan." Dimanakah jiwa dan iktikad islamnya meletakkan perlembagaan (ciptaan manusia) mendahului agama islam (yg nyata diterima Allah SWT)? Adakah ciptaan manusia lebih baik drp perintah Allah SWT? Ada kecelaruan minda beliau dalam sudut pandang ini.
Selagi rakyat Islam tak di wajibkan sholat lima dan baca Quran faham makna selagi itu macam macam teori akan keluar.Cuba terap ugama awal kanak kanak hingga faham AlQuran.Cara pendidikan cara penjaja arus di ubah kalau nak Malaysia selamat.Mengapa sekolah ugama percapiaan tinggi? Itu menunjok pihak kerajaan memang anti sekolah ugama takut semua tahu betapa terok nya kejahilan sang penaraju negara.Memang lah pihak munafik memang tak suka Islam itu berjaya.
ReplyDelete