Nampaknya mereka dah naik tocang
Merasa diri kuat tetapi selama ini kuat bertongkat
Malangnya dia tanak mengaku menjadi batu alas!
'Nasib PERKASA pun Umno yang bela'
Merasa diri kuat tetapi selama ini kuat bertongkat
Malangnya dia tanak mengaku menjadi batu alas!
'Nasib PERKASA pun Umno yang bela'
OLEH DIYANA IBRAHIM
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Isa Samad hari ini membidas amaran pertubuhan pendesak Melayu, Perkasa yang mahu mengambil alih tugas Umno sekiranya parti Melayu terbesar itu gagal mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Beliau berkata, Perkasa tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan nasib pertubuhan itu selama ini juga dibela oleh Umno.
Malah, katanya, amaran yang diucapkan itu adalah berbaur emosi dan tidak rasional.
Pengerusi Felda Holding itu berkata, tidak kira Perkasa atau mana-mana pihak sekali pun harus memahami situasi dan kesukaran yang dihadapi oleh kerajaan sebelum menilai atau menjatuhkan hukuman."Nasib dia (Perkasa) pun kita bela, bagaimana mereka hendak menggantikan Umno, ini satu kenyataan yang berbaur emosi," katanya pada sidang media selepas menyampaikan sijil Majlis Graduasi, di Menara Felda Kuala Lumpur, hari ini.
Semalam, dalam Persidangan Agung Perkasa ke-4, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, berkata Perkasa memberi amaran bakal menggantikan parti Melayu terbesar Umno jika mereka gagal mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Ibrahim berkata, Umno menunjukkan bahawa mereka lemah dan “tidak bertaring” dalam mempertahankan hak Melayu.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, jika Umno gagal dengan Agenda Pemerkasaan Bumiputera, Perkasa tidak teragak-agak untuk mengambil alih peranan parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu. – 23 Disember, 2013.
|
maka bergadoh lah lanun2 melayu berebut harta lanunan yang tak seberapa tinggalnya lagi sbb dah senyap2 dibalun olih ketua2 lanun yang lalu.....????gadoh jangan tak gadoh!!!!
ReplyDelete