Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 19, 2013

Salah Petik Atau Sensasikan Berita?

Betul.....berita macam gini membuatkan rakyat resah dan bimbang kalau pun tidak panik

Hamza Taib tegur media
KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib hari ini menegur tindakan sesetengah organisasi media yang menggembar-gembur spekulasi negeri itu akan diserang dengan memetik kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Katanya laporan itu bukan sahaja tidak benar, tetapi juga mencetuskan resah dalam kalangan masyarakat.
"Apa yang dimaksudkan Ketua Polis Negara itu ialah kami sentiasa menerima maklumat dan polis sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Beliau tidak sebut (Sabah) hendak diserang," katanya dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Sabah, di sini.
Beliau ditanya mengenai desas-desus bahawa beberapa kumpulan militan termasuk kumpulan Abu Sayyaf dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MLF) mahu menyerang beberapa kawasan di Sabah baru-baru ini.
Khalid ketika diaju soalan itu dalam sidang media di ibu negara beberapa hari lepas, berkata: "Kami ada menerima maklumat itu dan kami bersedia." Ulas Hamza lagi setiap maklumat yang diterima oleh pasukan keselamatan akan dinilai bagi memastikan kesahihannya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa