Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 25, 2013

Berlainan Tapi Sama

Kesian.......
Ayan togel berotak kering sungguh dia ni
Kerana RM50 dan RM300.00 kemungkinan menjadi penghuni penjara dan kerja terbuang
Bilis makan umpan dicekup digoreng
Jerung baham mangsa pukat terkoyak

Pada aku hakikatnya sama saja dengan memeras ugut
Bezanya dari segi undang-undang dikategorikan kesalahan lain-lain
Peras ugut mangsa akan mendapat susah kalau tidak tunaikan permintaannya
Rasuah pula, kalau tak diberikan mangsa akan mendapat susah juga kalau tidak dibayar mengikut kehendaknya 
Jadi apa bezanya?

Minta, terima suapan daripada tahanan




Tertuduh (kanan) dibawa keluar sambil dikawal anggota SPRM keluar dari mahkamah, semalam.

KOTA BHARU - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak salah di mahkamah sesyen di sini, semalam, atas tuduhan meminta dan menerima suapan dari seorang pesalah dadah, tahun lalu.

Tuduhan terhadap anggota yang bertugas di sebuah balai di Tumpat itu dibuat di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Marzuki Ibrahim, 33, dari Kampung Kelaboran didakwa pada tuduhan pertama bersetuju menerima rasuah RM50 daripada Tan Jeoy Lai sebagai dorongan tidak diambil tindakan terhadap lelaki itu.

Jeoy Lai dipercayai gagal lapor diri mengikut perintah Pengawasan di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Sementara pada tuduhan kedua, Marzuki didakwa cuba memperoleh suapan berjumlah RM300 daripada lelaki sama atas dorongan yang sama.

Kesalahan dilakukan di Jalan Pasir Pekan pada jam 4 petang, 22 Mei, namun, tertuduh menafikan kesemua tuduhan itu.

Susulan daripadanya, Mohd Yusoff menangguhkan kes untuk pengurusan dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000. Dia kemudian membayar jaminan itu.

Kes bersambung 26 Januari depan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Sophian Zakaria.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa