Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 24, 2013

Adakah Najib Akan Mendengar Atau Tunggu BN Rebah?

BN susah nak rebah selagi Melayu buta dan berjaya 'dihantukan'
Dihenyak dikeronyok pun tak apa asalkan UMNO hidup
Kerana iktikad Melayu hanya UMNO tempat berpaut!
Bagi mereka kalau UMNO rebah mereka akan tenggelam dalam lumpur
Atau dihisap darah oleh hantu cina
Hantu Melayu hisap darah bagai nak kering tak apa!

UMCEDEL: BN perlu tangani kenaikan kos sara hidup jika mahu menang PRU14
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
DECEMBER 24, 2013


Kenaikan harga barangan keperluan harian seperti tarif elektrik dan harga minyak memberi kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia secara keseluruhannya dan Barisan Nasional (BN) perlu menagani isu itu jika mahu terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, kata kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), hari ini.
Pengarah UMCEDEL, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata tiga isu itu seharusnya ditangani kerajaan dengan sewajarnya kerana ia juga boleh menjejaskan sokongan kepada kerajaan BN.
Hasil daripada kajian UMCEDEL terhadap 1,676 responden di Semenanjung Malaysia yang dijalankan pada 6 hingga 8 Disember lalu mendapati 42% responden beranggapan kenaikan harga minyak memberikan kesan kepada kehidupan mereka diikuti 34% kenaikan harga barang, dan kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 24%.
Mohammad Redzuan berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) juga tidak lagi mampu menjadi "pelampung penyelamat" buat BN untuk PRU14 memandangkan impak bantuan one-off kewangan berkenaan tidak lagi dirasai rakyat."Ini perlu ditangani dengan segera kerana ia melibatkan kehidupan rakyat," katanya.
"Seramai 52% tidak bersetuju BR1M akan meningkatkan sokongan kepada BN kerana mampu mengurangkan kos sara hidup, manakala 42% sahaja bersetuju," katanya ketika membentangkan dapatan kajian berkenaan di Universiti Malaya, di Kuala Lumpur hari ini.
Sementara itu, pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pula menyaksikan 61% responden tidak bersetuju, dengan hanya 20% sahaja yang bersetuju.
"Pengundi Cina lebih tinggi peratusan penolakan dengan 67%, kerana sebahagian besar mereka merasakan akan berlaku kenaikan harga barang jika cukai itu dilaksanakan.

"Manakala pengundi Melayu yang menolak GST pula pada kadar 61%. Ini persepsi rakyat berhubung pelaksanaan cukai ini," katanya. – 24 Disember, 2013.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa