Dia boleh kata dia bina Hospital siling jer runtuh
Banyak lagi yang benar-benar runtuh
Jambatan ada yang runtuh
Jalan juga ada yang runtuh
Stadium pun runtuh!
Banyak lagi yang benar-benar runtuh
Jambatan ada yang runtuh
Jalan juga ada yang runtuh
Stadium pun runtuh!
Ranhill kunci mulut isu siling Hospital Serdang runtuh
Kontraktor yang membina Hospital Serdang bernilai RM690 juta enggan mengulas rentetan insiden siling runtuh di situ sejak 2011, enam tahun selepas pusat perubatan itu beroperasi.
Ketika dihubungi, Ranhill Bhd enggan mengulasnya dan menegaskan, perkara itu masih dalam siasatan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Menurut laporan tahunan Ranhill, yang diterbitkan sebelum penyahsenaraian konglomerat itu pada 2011, kerja-kerja itu dilaksanakan oleh anak syarikatnya Ranhill Civil Sdn Bhd.
Walaupun Ranhill Civil sudah dibubarkan, Malaysiakini difahamkan, badan induknya masih mempunyai wakil dalam mesyuarat bersama JKR berhubung insiden yang menimbulkan kemarahan awam itu.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam pada 13 Disember lalu berkata, kementeriannya akan mengambil tindakan tegas, termasuk menyaman kontraktor Hospital Serdang ekoran insiden runtuhan siling di hospital itu.
Tanpa menyebut nama syarikat itu, beliau berkata, kementerian tidak menyembunyikan isu ini dan kontraktorlah yang bertanggungjawab terhadap bangunan itu.

berapa banyak dah kes saman kontrektor yang cuai banyak cakap aja
ReplyDeletecakap serupa x ada bikin wayang aje lebih.....x ada telok..x caya tunggu dan lihat klu ada tahniah le...
ReplyDeletebila kerja tak ikhlas kerana Allah Taala inilah natijahnya. Makan duit haram demi perut dan nafsu serakah.
ReplyDeleteAsyik2 hanya kontraktor saja yg disalahkan, mana perginya pegawai penguasa yg memperakukan kerja itu siap dgn sempurna sebelum sebarang bayaran dibuat? Beri projek pd kontraktor tak pantaupun kerjanya ikut spesifikasi atau tidak, nampak spt siap terus bayar ke? Kalau kerjanya tidak betul, buat apa dibayar? Cuai atau rasuah sahaja yg boleh menyebabkan kecacatan pada projek. Itu belum termasuk pemilihan kontraktor. Sudah tentu ada beberapa pihak yg boleh dipersalahkan termasuklah kontraktornya sekali.
ReplyDeletebila kerja x ikhlas kerana Allah inilah natijahnya. Untung ikut nafsu saja
ReplyDeleteAnon 6:50 PM
ReplyDeleteBetul setakat ini rasanya hanya segelintir yang kena
Anon 7:39 PM
ReplyDeleteKalau ikhlas takkan jadi macam gini
Anon 7:40 PM
ReplyDeleteBetul tu....dua kali lima jak dengan pegawai pemeriksa dan pegawai yang meluluskan untuk dibayar. Harap BPR masuk campur!
ni bukan penyamun air johor ker...
ReplyDelete