Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 24, 2013

Aku Setuju Dan Sokong Mahathir, Cuma Dia Keliru Sikit

Syaitan, Jin dan Iblis memang dalam bahasa Al'quran
Memang di dalam Al'quran Allah tidak sebut Jembalang, hantu dan polong
Tetapi hantu, Jembalang dan orang halus adalah dari pahaman dan bahasa orang Melayu merujuk kepada makhluk yang sama
Di sinilah Mahathir confused

Dr Mahathir tidak percaya amalan tahyul tapi percaya kejahatan manusia
OLEH MD IZWAN
DECEMBER 23, 2013


Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) tidak mempercayai amalan tahyul di kalangan orang Melayu sebaliknya menyeru orang Islam perlu berpegang teguh kepada Allah.
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, orang Melayu tertarik dengan cerita berkaitan perkara tahyul walaupun ia bertentangan dengan ajaran Islam.
"Mereka bukan sahaja suka lihat dan dengar cerita-cerita berkenaan makhluk ghaib ini tetapi amat mempercayai adanya makhluk ini dan kuasa luar biasa mereka ke atas manusia.
Dr Mahathir berkata amalan mempercayai perkara tahyul tersebut menyebabkan orang Melayu mengadakan acara bercampur aduk dengan agama."Walaupun percaya Allah SWT boleh melindungi mereka tetapi kepercayaan bahawa makhluk ini juga memiliki kuasa bertentangan dengan ajaran Islam yang menekankan bahawa hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa ke atas segala-gala yang ada di dunia dan akhirat," tulis Dr Mahathir dalam blognya hari ini.
"Kerana percaya akan kuasa makhluk ghaib ini mereka sering mengadakan acara yang dicampur aduk dengan agama yang kononnya boleh melindungi mereka daripada diserang hantu jembalang dan orang halus," katanya lagi.
Berbanding dengan orang Inggeris yang tidak mempercayai perkara tahyul, Dr Mahathir berkata mereka tidak pula dikacau makhluk tersebut.
"Yang anehnya Mat Saleh yang tidak percaya kepada hantu dan orang halus ini tidak dikacau oleh makhluk-makhluk ini.
"Mereka tidak perlu jampi dan simbah air di keliling bangunan-bangunan mereka," kata Dr Mahathir yang merujuk kepada amalan-amalan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu apabila berdepan dengan gangguan.
Malah, Dr Mahathir menekankan dalam Al-Quran juga tidak disebut tentang hantu dan orang halus.
"Dalam Al-Quran tidak ada disebut berkenaan hantu dan orang halus.
"Yang disebut dalam al-Quran ialah syaitan, iblis dan jin yang suka memesongkan orang Islam daripada membuat suruhan Allah SWT. Iblis dan syaitan boleh disangkal dengan membaca ayat-ayat tertentu yang boleh mengukuhkan semula iman dan pegangan kepada ajaran Islam," katanya lagi.
Menurut Dr Mahathir, kejahatan dan keganasan adalah berpunca daripada manusia itu sendiri.
"Saya percaya akan kejahatan manusia dan betapa ganasnya mereka.
"Tetapi saya tidak percaya dan tidak takut kepada orang halus atau lain-lain makhluk ghaib. Saya juga tidak percaya ada cara untuk jadi kebal daripada tikaman dan peluru," tambahnya lagi.
Dr Mahathir berkata satu-satunya pertolongan yang akan diminta adalah daripada Allah sahaja.
"Dengan kenyataan ini akan adalah percubaan oleh orang tertentu dengan ilmu ghaib mereka untuk mengajar saya.

"Saya cuma akan menuntut pertolongan daripada Allah SWT terhadap orang seperti ini," ujarnya lagi. – 23 Disember, 2013.

3 comments:

  1. Syaitan bersuara lak.

    ReplyDelete
  2. Dr Mahathir ini adalah seorang yang memang bijak. Dunia hormat kepadanya dan menerima banyak pandangan2nya. Sayangnya hanyalah kalaulah dia itu seorang yang faham islam lebih sikit sudah tentulah dia itu tiada tandingan.

    Saya nampak fahaman islamnya banyak pakai logik saja. Dan yang lebih teruk lagi ialah dia sanggup mempersendakan hukum agamanya sendiri di depan masyarakat bukan islam. Dia terang2 label hukum alquran sebagai zalim, barbarik dan ketinggalan zaman.

    Kesian dia..... sekarang ini dia sudah berada dipenghujung hayatnya. Semoga dia insaf dan sempat bertaubat....

    ReplyDelete
  3. Mahathir ni pakar buat wayang untuk menarik khalayak supaya suka atau simpati padanya. Segala apa yg diujarnya hanya mainan bibir sahaja, ketakwaan hanya sekadar lakonan bukan merupakan hakikat dirinya. Bolehkah dia minta ampun pd Ibrahim Libya dan pengikutnya yg terkorban dlm peristiwa Memali? Tidak berdosakah pd umat melayu yg ditindas dan dipecahbelahkan olehnya? Bagaimana pula penghinaan dan mempersendakan hukum Tuhan dan Nabi Muhamad saw? Apa pula kisahnya dgn fitnah kpd DSAI yg masih lagi diperkatakan? Manusia ini masih belum insaf sebenarnya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa