Kenapa ramai sangat menteri berotak kapor bermulut celupar di dalam kabinet Najib?
Ayuh......terus berjuang wahai pemuda UMNO
Seeloknya korang berganding bahu dengan pembangkang
Lagilah nampak solidariti memperjuangkan nasib rakyat tertindas
Korang jangan sampai kena sembelih atau ditimbus imbuhan penutup mulut sudahlah!
Kalau mengikut pengakuan KJ
Memang rakyat ditipu hidup-hidup untuk mengundi BN dengan digula-gulakan dengan BR1M
Bila jadi gini balalah untuk semua bukan hanya pengundi BN sahaja
Pemuda Umno bantah kenyataan tidak sensitif menteri berhubung kenaikan tol
Pemuda Umno hari ini mengkritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar atas saranannya kepada pengguna lebuh raya menggunakan jalan alternatif sekiranya tidak bersetuju dengan kenaikan tol.
“Kami tidak bersetuju dengan kenyatannya. Beliau perlu lebih berhati-hati dengan apa yang dikatakan.
Kenyataan itu memperlihatkan rasa tidak sensitif terhadap keperluan rakyat,” kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun (gambar) dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu, Abdul Wahid berkata pengguna jalan raya yang tidak bersetuju dengan kenaikan tol boleh menggunakan jalan alternatif biarpun syarikat konsesi akan menyelaras kadar kenaikan mengikut jumlah trafik.“Terpulang kepada rakyat untuk memilih dan jangan mengajar mereka,” katanya.
“Kami menyediakan jalan alternatif kepada mereka yang sanggup membayarnya. Kepada yang berasa kadar tersebut terlalu tinggi, mereka ada pilihan untuk tidak melaluinya,” katanya.
Khairul berkata Pemuda Umno mempunyai beberapa cadangan yang dapat diteliti oleh Putrajaya dan syarikat konsesi.
Salah satu cadangannya adalah syarikat konsesi mengurangkan tol melalui Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR).
“Kami tahu terdapat klausa dalam perjanjian membenarkan kerajaan mengurangkan harga. Apa yang kami tahu, hampir semua konsesi mendapat untung besar,” katanya.
Media melaporkan kadar tol akan dinaikkan sebanyak 30 sen ke RM1.
Khairul berkata peningkatan harga hanya dapat dipersetujui jika kajian mendalam dilakukan berhubung peningkatan trafik dan ramalan keuntungan sesebuah lebuhraya.
“Lebuh raya seperti Lebuh Raya Baru Lembah Klang dan Lebuh Raya Damansara Puchong, tiada masalah untuk menjana keuntungan.
“Mengapa syarikat konsesi tidak menunjukkan tanggungjawab mereka dan mengurangkan harga sebagai sebahagian daripada CSR? Ia tidak terhad kepada sumbangan dan acara tahunan. Ini juga boleh dipraktikkan,” katanya.
Khairul berkata Pemuda Umno turut mencadangkan kepada Putrajaya agar pengangkutan awam dikecualikan daripada kenaikan tarif elektrik.
“Kerajaan mahu rakyat menggunakan lebih banyak pengangkutan awam akibat kenaikan harga minyak tetapi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula mahu mengkaji tambang LRT dan monorel,” katanya.
Beliau berkata Pemuda Umno hanya memberi tekanan kepada kerajaan berhubung isu berkaitan rakyat tetapi cadangan penyelesaian juga diberikan.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini berkata siri kenaikan tarif kerajaan akan memberi kesan kepada rakyat dan harus dibincangkan ke Kabinet.
Khairy turut mengakui tsunami kenaikan harga adalah siri yang dirancang setelah ditunda dua ke tiga tahun lalu.
Tenaga Nasional Berhad mengumumkan kenaikan 15% kadar elektrik bermula tahun hadapan.
Kerajaan juga membuat kejutan apabila mengumumkan kadar tol akan dinaikkan bermula tahun depan. – 16 Disember, 2013.
Tradisi membela rakyat yg pernah di laungkan UMNO satu ketika dulu dah lama tidak kedengaran lagi. Waspadalah rakyat Sabah dan Sarawak, anda akan dipermainkan oleh BN yg ditunjangi UMNO, penipu paling ulung dulu, kini dan selamanya
ReplyDeleteDah lah KORANG DARI SPESIS MELAYU UMNGOK MEMANG PANDAI BUAT WAYANG.KUNUN NAK BACK UP RAKYAT.PPPIIIRRRAHHH.KLU DAH LAHIR PEMBOHONG SETIAP PERKATAN YG KORANG KOMEN SEMUA BERNIAT BUSUK
ReplyDeletemalang bertimpa timpa ayer api minyak jalan naik .kalu ini macam pru 14 kasi depa naik lagi tak tau nak kata apa la.memang tepat - Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum jika depa pun tak mau berubah.
ReplyDeleteala apa nak dikirakan sangat kenaikan semua tu. kan raknyat melaysia terutamanya melayu kan kaya belaka. dah ada orang janjikan penurunan harga minyak, tol dan sebagainya masih lagi nak menyokong pada yang berbayar.Ini lah hasilnya.... hidup melayu hidup melayu hidup melayu.
ReplyDelete