Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 30, 2013

Janji Orang Politik......

Pada mereka rakyat hanya perkakas/alat untuk mereka berkuasa
Akhirnya rakyat dimangsakan
Najib, BN khianati janji PRU13
Posted on Monday, December 30 @ 14:29:55 MYT by paktam
Selepas PRU13 kerajaan menguawr-uwarkan akan laksanakan janji-janjinya seiring dengan slogan 'rakyat didahulukan' dan 'janji ditepati. Tetapi akhirnya pelbagai bebanan berantai akibat kos terpaksa ditanggung rakyat dan janji kini 'dicapati'.
Wartawan NYZA ATOB, mendapatkan butiran lanjut mengenai perkara ini bersama Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Pengguna PAS Pusat, Anuar Tahir

WARTAWAN: Kini “Janji Ditepati’ BN, benar-benar sudah menjadi “Janji Dicapati”. Apa reaksi Saudara?

ANUAR TAHIR: Oleh kerana “fundamental” pengurusan Umno-BN ini sudah salah. Sebab itu jika kerajaan kata akan lakukan transformasi, bunyinya macam besar dan dasyat.

Oleh kerana tapaknya salah, dia tidak akan dapat lakukan sebarang perubahan apa pun. Walau siapa pun duduk di tempat itu, Kerajaan BN tetap tidak akan ada perubahan.

Sebab itu apabila kerajaan kata kononnya hendak perbaiki nasib rakyat, mahu utamakan rakyat, hendak ambil peduli tentang rakyat...semua itu tidak boleh laksanakan.

Selagi korupsi tidak dapat dibanteras, ekonomi negara tidak akan berubah.

Jika ada jenaka atau lawak yang menyebut “janji dicapati”, itu betul. Inilah janjinya. Dasar yang menyebabkan orang kaya bertambah kaya, orang miskin menjadi papa kedana.

Amalan utamakan kroni juga menyebabkan rakyat terpaksa tanggung beban mereka?
Dalam PRU13, dalam keadaaan sebuah kerajaan yang tidak mendapat sokongan penuh rakyat, BN membentuk kerajaan.

Bila Najib Tun Razak bentuk kerajaan, ia dalam keadaan yang sangat lemah.

Misalnya kerajaan praktis Crony Capitalism, kaedahnya memberi habuan kepada kroni dengan harapan kroni akan memajukan negara.

Akhirnya ia tidak akan sampai kepada rakyat.
Sebab kerajaan yang sama letakkan kroni untuk buat keuntungan macam Tan Sri Syed Bukhari. Dia kena buat keuntungan besar. Selepas itu baru dia dapat membantu apa yang kerajaan hendak. Kerajaan tidak ada pilihan lain.

Terpaksa ikut kehendak golongan ini. Kroni tidak mahu rugi. Jika perkaraperkara asas sebelum ini, macam kerajaan bagi subsidi kepada rakyat, terpaksa ditarik balik sedikit demi sedikit, rakyat merana.

Alasan diberikan kerajaan mensturukturkan semula. Bunyi macam menarik dan lunak.
Mencabut dan menarik subsidi-subsidi bermakna menaikkan harga.

Kemudian kerajaan tidak dapat beri subsidi lebih besar lagi untuk bahan api. Akhirnya beban dipindahkan kepada rakyat, pengguna.

GST juga satu bukti kerajaan “janji ditepati” pada rakyat...

Sekarang ini saban hari kerajaan berkempen mengenai GST. Seolaholah GST itu satu nikmat besar. Seolah-olah dengan mengenakan GST itu, ekonomi negara akan bertambah bagus dan rakyat dapat bermacammacam bantuan.

Dalam kempen canang, GST ini tidak tinggi, hanya sedikit sahaja dikenakan.

GST ini tidak dikenakan pada apa yang rakyat pakai. Semua ini momokan merupakan propaganda.

Saya pernah kunjungi negara-negara sosialis.

Kerajaan mereka akan kempen tidak ada negara di dunia ini, dialah yang paling baik.

Rasionalkah kenaikan pada harga barangan, tambang pengangkutan awam serta tambang bas sekolah?

Saya merasakan semakin hari semakin cemas dan bimbang dengan keadaan yang berlaku hari ini. Harga barangan naik, harga tambang pengangkutan naik, tambang bas sekolah juga naik. Tidak ada satu benda pun boleh membantu.

Kerajaan ragui keupayaan Pakatan Rakyat menyediakan yang terbaik untuk rakyatnya sebelum ini. Hakikatnya...

Kita sudah tengok, Pakatan Rakyat mentadbir negeri yang tidak kaya seperti Kelantan. Tetapi kita boleh tadbir begitu lama dan lebih baik. Jika tidak baik, tentu sudah lama bertukar tangan.
Apabila diberi peluang memerintah Selangor, sebuah negeri yang maju.

Kita dapat memerintah cukup baik dengan dasardasar yang Kerajaan BN dahulu tidak pernah mimpi boleh buat.

Begitu juga dengan Pulau Pinang, sebuah negeri yang maju dan ekonominya membangun.
Kita tengok, apabila Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, ia juga mampu melakukan yang lebih baik jika dibandingkan pada zaman Kerajaan BN memerintah dulu.

Tapi BN masih mencanangkan kepada rakyat, Pakatan tak mampu memerintah. Alasan diberikan Pakatan tidak ada pengalaman. Siapa kata Pakatan tidak ada pengalaman memerintah?

Dalam kalangan pemimpin Pakatan Rakyat ada yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan ada yang pernah menjadi Menteri Besar.

Tidak kurang juga ahli akademik. Ada juga graduan cemerlang. Sebenarnya kita boleh buat pengurusan yang lebih baik.

Kerajaan BN gagal mengamalkan “Good Governance” seperti yang sering dicanangkan...

Tidak ada langsung “Good Governance”.

Pengurusan tatakelola baik, tidak ada tempat dalam BN. Satu perkataan yang susah difahami.
Sebab mereka tidak boleh laksanakan “Good Governance”.

Sebab itu kita perlukan perubahan besar dan pertukaran pentadbiran yang akan menggunakan asas baharu. Jika tidak keadaan ini akan berterusan.

Apa perancangan terdekat Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS dalam membela nasib rakyat?

Lajnah Pekerja dan Pengguna akan segera menggerakkan jentera yang ada untuk terus melihat dan memerhati dan akan terus menjadi juru bicara rakyat. Dalam waktu terdekat ini, lajnah akan perjuangkan nasib pekerja khususnya golongan miskin yang datang ke bandar.

Di mana mereka nak dapatkan tanah? Nak cari rumah. Sebab tanah tak cukup dan rumah kerajaan tidak dapat sediakan, akhirnya wujudlah kawasan setinggan. Kami juga akan bekerjasama dengan persatuan-persatuan pengguna yang sah yang berpegang dengan prinsip “without fear or favour” supaya kita dapat bertukartukar maklumat serta mengembeling tindakan bersama.

Kuasa pengguna ini besar. Apabila proses pendemokrasian tidak berlaku dengan baik, rakyat tidak tahu hak mereka. - via Detikdaily

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa