Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 24, 2013

Ada Manusia Lebih Jahat Dari Hantu - Aku Setuju!

Mahathir tak takut Hantu tapi  pernahkah teruji?
Tang jahat hantu dan syaitan tetapi jahat lagi manusia ni aku setuju
Ini kerana Syaitan diberikan kuasa tetapi ada hadnya terhadap manusia
Syaitan takutkan Ayat-Ayat Allah tetapi manusia tidak
Bahkan ada manusia yang mempersendakan 'Ayat-Ayat Allah'
Juga ada manusia yang memutar belitkan 'Ayat-Ayat Allah' 

Memang ramai manusia jahat yang lempar batu sembunyi tangan
Ada manusia jahat yang berselindung di balik kuasa yang ada
Ada manusia jahat yang menjarah apa saja untuk kesenangan keluarga
Ada manusia jahat yang berjoli sakan di kala manusia lain keperitan
Ada manusia yang diberikan amanah tetapi tidak jujur

Itulah hakikatnya manusia bila tidak benar-benar berpegang pada 'Tali Allah'

Published: Selasa Disember 24, 2013 MYT 10:53:00 AM
Updated: Selasa Disember 24, 2013 MYT 12:18:01 PM

'Saya Tak Takut Hantu, Tapi Manusia Lebih Jahat' - Tun Mahathir

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, sering memfokuskan soal politik dan isu semasa dalam penulisan beliau di blognya, chedet.cc.
Namun, dalam entri terbaharunya pada Isnin, beliau bercerita mengenai hantu.
Dr Mahathir melalui entri itu berkata, beliau tidak percaya dan tidak takut kepada makhluk halus tetapi menyifatkan kejahatan manusia lebih dahsyat.
"Saya percaya akan kejahatan manusia dan betapa ganasnya mereka. Tetapi saya tidak percaya dan tidak takut kepada orang halus atau lain-lain makhluk ghaib.
"Saya juga tidak percaya ada cara untuk jadi kebal dari tikaman dan peluru," katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, kepercayaan dan ketakutan masyarakat Melayu terhadap makhluk ghaib dan halus itu menyebabkan ramai berusaha untuk melindungi tempat kerja dan sebagainya.
Katanya, kepercayaan itu juga telah menyebabkan individu tersebut sering mengadakan acara yang di campur aduk dengan agama yang kononnya boleh melindungi mereka.
"Di masa-masa yang lampau ini kita dapati ramai yang berusaha untuk melindungi pejabat dan hospital kerajaan dari hantu dan orang halus.
"Acara ini termasuklah menanam telur, menyimbah air dan membaca doa-doa tertentu yang telah dikenal pasti oleh bomoh-bomoh. Ada juga yang menanam botol air di sudut-sudut tertentu bangunan berkenaan," ujarnya.
Sementara itu, Dr Mahathir turut meminta penjelasan daripada golongan agama mengenai perkara tersebut.
"Saya ingin tahu dari ulama-ulama akan kebenaran adanya hantu dan orang halus ini. Dari mana mereka datang. Apakah kedudukan mereka dalam agama Islam.
"Jika kita percaya mereka berkuasa dan kita perlu layan mereka jika ingin selamat, apakah tidak kita menyekutukan Allah SWT atau memberi kuasa kepada yang lain dari Allah yang kita sembah?," soalnya. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa