Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 21, 2013

Korang Nilailah Sendiri

Kau nak belit apa lagi?
Dapat maklumat yang betul atau tidak sama saja
Sememangnya boleh dikata semua barang naik
Tak sedarkah dia?
Aku nak kata ngok pun dia ni seorang menteri!
Tapi bercakap macam orang mamai

Satu lagi bukankah yang menentukan cukai, barangan dan kos adalah orang poltik?
Hanya orang politik saja yang boleh ketengahkan isu
Hanya orang politik saja yang boleh bertempik di parlimen
Semua orang politik mahu meraih sokongan masyarakat demi kuasa
Kerana berkuasalah rakyat diperlakukan begini..... 

Jumaat Disember 20, 2013
Jangan Politikkan Isu Kenaikan Harga Barangan - Ahmad Bashah
KOTA BHARU: Orang ramai dinasihati supaya mendapatkan maklumat betul mengenai isu kenaikan harga barangan agar tidak mudah dikelirukan pihak tertentu.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata banyak pihak kini dilihat sengaja memainkan sentimen rakyat dengan menggembar-gembur isu kenaikan harga termasuk kenaikan tarif elektrik dan tol.
"Tindakan seperti itu lebih bersifat mengambil kesempatan untuk keuntunganpolitik semata-mata," katanya kepada pemberita selepas merasmikan KarnivalPenjaja dan Peniaga Kecil 2013 Peringkat Negeri Kelantan, di Pusat TransformasiLuar Bandar, di sini Jumaat.
Ahmad Bashah berkata, selain kenaikan harga gula, setakat ini belum ada kenaikan harga barangan lain dilaporkan, termasuk di negeri yang terlibat bencana banjir iaitu di Terengganu, Pahang dan Kelantan.
"Setakat ini kebanyakan harga barangan seperti biasa dan mengikut harga siling yang ditetapkan.
"Pengurangan subsidi gula umpamanya terpaksa dilakukan kerana dengan itu akan membolehkan kerajaan membantu golongan yang tidak berkemampuan," katanya.
Karnival tiga hari itu bermula Jumaat dengan pelbagai program dan gerai jualan selain taklimat agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa