Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 16, 2013

PAS Diresapi Syiah, UMNO Dirasuk Apa?

Adakah Syiah itu hanya dihantukan?
Tapi sebenarnya hantu belaaan sudah pun mencekik darah rakyat detik demi detik.
Tinggal lagi bilakah masanya akan tiba dikemuncak?

Bila lidah setan berbisik-bisik
Boleh didengar tapi tak boleh dipakai!

Aku bukannya sukakan Syiah dan bukannya membela PAS
Tapi aku pakai rasional aku sendiri untuk menilai

Utusan Malaysia: PAS sudah lama diresapi Syiah

PAS didakwa sudah lama diresapi fahaman Syiah dan ramai di antara pemimpin mereka yang menganut fahaman berkenaan memegang jawatan penting dalam parti Islam itu di peringkat pusat dan akar umbi, lapor akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
Akhbar berbahasa Melayu itu memetik sumber keselamatan yang memaklumkan, PAS mula diresapi Syiah selepas Revolusi Iran dan fahaman itu semakin bertapak kukuh dalam parti berkenaan kerana ramai kalangan lulusan Iran menyertai parti itu dan seterusnya terpilih menjadi pemimpin.
Menurut Utusan Malaysia, maklumat risikan percaya satu pertemuan khas melibatkan beberapa pemimpin parti itu yang diyakini mempunyai kaitan dengan gerakan Syiah akan berlangsung dalam masa terdekat tetapi motifnya masih disiasat.
"Penilaian juga sedang dibuat apakah pertemuan sulit berkenaan turut mempunyai kaitan dengan sambutan hari memperingati Arbain (Ashura) yang akan disambut 23 Disember ini," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia."Kita sedang meneliti semua maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sudut tetapi pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan pertemuan sulit itu ada kaitan dengan isu Syiah yang kini hangat dikaitkan dengan Mat Sabu.
Sumber itu memberitahu, pihak berkuasa kini memantau pergerakan beberapa pemimpin kanan PAS yang dipercayai ada kaitan dengan gerakan Syiah di negara ini selain gerak-geri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
Menurut sumber terbabit, pada tahun lalu sahaja lebih 100 pengikut fahaman Syiah dari Malaysia menyeberangi sempadan untuk menyambut hari memperingati Arbain di markas terbesar Syiah di Asia Tenggara yang terletak di Satun, Thailand.
Bagaimanapun, katanya, berdasarkan penelitian, tahun lalu tiada pemimpin kanan PAS yang disyaki terlibat dengan gerakan Syiah mengunjungi Satun, sempena hari memperingati kematian cucu Rasulullah, Saidina Hussein.
Semelam media melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan memiliki bukti eksklusif 'gred A' berupa pengakuan lebih 20 individu yang didakwa mampu 'menceritakan' kecenderungan Mat Sabu dengan fahaman Syiah.
Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, Zamihan Mat Zain Al-Ghari, berkata mereka merupakan individu terdekat dan rapat dengan pemimpin itu.
“Ada yang 'sekapal' daripada sudut politik, ada juga pengikut Syiah yang sudah bertaubat. Mereka ini rapat dengan pemimpin tersebut, orang yang berkawan dengannya, jadi 'anak buah' dia. Mereka menyaksikan apa dia cakap, buat dan libatkan aktiviti berkaitan Syiah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas KDN yang mengatakan mempunyai bukti "gred A" mengaitkan Mohamad dengan fahaman Syiah tetapi gagal mengemukakan bukti kukuh.
"Ini yang saya tidak faham apa dia gred A, gred B ini? Kita tidak tahu dulu tidak ada, bulan lepas tidak dengar pula alih-alih ada gred A.
"Kalau betul kementerian mempunyai gred sedemikian, maka jelaskan kepada rakyat apa itu gred yang dikatakan," katanya.
Mohamad sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya berfahaman Syiah, tetapi tidak menolak beliau mengagumi pemimpin besar Revolusi Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al-Khomeini dan Setiausaha Agung Hezbollah, Sayyid Hassan Nasrallah. – 16 Disember, 2013. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa