Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 27, 2013

Korang Rasa Boleh Pakai Ker Alasan Bapak Budak Ni?

Mula-mula kata budak tu ada bersama mereka
Lepas tu dia kata menyangka budak berada di rumah neneknya

Korang tengok yang aku birukan di bawah ni....

Isu kanak-kanak perempuan ditinggalkan di tapak Pesta P Pinang terungkai
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
Budak yang ditinggalkan itu - Imej dari SH
GEORGETOWN: Kes kehilangan budak perempuan berusia tiga tahun yang dipercayai ditinggalkan keluarganya di tapak Pesta Pulau Pinang, Isnin lalu, terjawab apabila berlaku salah faham antara keluarganya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris berkata, berdasarkan siasatan, bapa mangsa berusia 34 tahun memberitahu dia membawa anaknya ke pesta berkenaan pada malam Isnin lalu untuk membeli pakaian sekolah mereka kira-kira jam 8.30 malam.
Beliau berkata, sepanjang berada di tapak pesta itu kanak-kanak itu masih ada bersama keluarga dan pada kira-kira 12 tengah malam keluarga itu pulang ke rumah ibu mentua bapa budak perempuan itu di Bukit Gedung.
Katanya, bapa budak perempuan itu menyangka anak perempuannya berada di rumah nenek mereka berusia 52 tahun di Bukit Dumbar tanpa menyedari anak perempuannya tiada di situ.
"Sebaliknya nenek budak perempuan itu menyangka mangsa berada bersama-sama bapanya.
"Nenek mangsa cuba menelefon bapa mangsa tetapi gagal disebabkan telefon anaknya itu kehabisan bateri sehinggalah bapa mangsa datang ke rumah ibunya dan menyedari ketiadaan anaknya," katanya.
Ismail berkata, selepas menyedari ketiadaan anaknya, bapa mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk membuat laporan tetapi dimaklumkan anaknya sudah ditemui dan berada dalam jagaan pihak polis.
Katanya, keluarga mangsa mengambil anak mereka di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual (D11) kira-kira jam 9.30 malam Rabu dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan.
"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31 (1) a Akta Kanak-Kanak 2001 dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi Selasa lalu, seorang pekerja tapak Pesta Pulau Pinang menemui kanak-kanak perempuan terbabit di kawasan pintu masuk keluar lalu menghantarnya ke Balai Polis Sungai Nibong untuk tindakan lanjut.
Kanak-kanak itu ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

Berita sebelum: Budak tiga tahun ditinggalkan keluarga

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa