Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 26, 2013

Pulang Tangan Kosong Tapi Kim Swee Kekal

FAM kekal Kim Swee

Kemungkinan bimbing Harimau Malaya atau Harimau Muda A

Kuala Lumpur: Teka-teki masa depan jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee yang gagal membawa pulang sebarang pingat pada Sukan SEA Myanmar terjawab semalam apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan khidmatnya masih diperlukan.

Apa pun pelbagai kemungkinan boleh berlaku termasuk sama ada dia diberikan kepercayaan mengendalikan pasukan kebangsaan secara tetap atau sebagai penolong jurulatih atau kekal bersama Harimau Muda A. 

Semuanya akan terjawab sebaik saja Jawatankuasa Eksekutif FAM membincangkan kedudukan dan tempoh kontraknya dalam tempoh terdekat ini. 


Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, jawatankuasa eksekutif badan induk bola sepak negara itu sudah memutuskan untuk melanjutkan kontrak Kim Swee yang berakhir 31 Disember ini.

“Seperti dalam mesyuarat Exco lalu, kami putuskan untuk menyambung kontrak Kim Swee, namun kedudukannya bersama skuad mana masih belum ditetapkan lagi kerana semuanya bergantung kepada perbincangan selepas ini.

Lebih bernasib baik

“Ada pelbagai termasuk kemungkinan dia diberikan kepercayaan mengendali pasukan kebangsaan secara tetap atau sebagai penolong jurulatih atau kekal bersama Harimau Muda A dan mungkin juga menjaga Harimau Muda B atau C,” katanya ketika dihubungi semalam.

Berbanding jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagopal yang tidak dilanjutkan kontraknya selepas 31 Disember ini kerana gagal membawa skuad kebangsaan ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia, pengesahan yang dibuat FAM itu menunjukkan Kim Swee lebih bernasib baik.

Ini kerana walaupun gagal mengekalkan pingat emas, malah tidak mampu membawa pulang sebarang pingat di temasya itu, FAM berpandangan pengendali itu wajar diberi pertimbangan kerana cabaran kali ini terpaksa dipikul dengan ketiadaan ramai tonggak utama.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa