Tak heranlah kalau dalam PRU14 nanti BN masih berkuasa
Kos sara hidup naik tanda negara berada di landasan salah, lapor kajian
Rakyat menyifatkan kenaikkan kos sara hidup sebagai isyarat negara berada di landasan salah, menurut kajian terbaru Merdeka Center.
Sebanyak 49% responden yang ditinjau bersetuju Malaysia berada di landasan salah berbanding 41% yang menyokong.
Daripada jumlah tersebut, 30% responden menyifatkan kenaikan harga minyak, inflasi dan kenaikkan kos sara adalah isyarat utama ke arah itu.
Sebanyak 35% masyarakat Melayu bersetuju, diikuti 78% masyarakat Cina dan 43% masyarakat India.
Indeks Harga Pengguna (CPI) pada bulan November 2013 meningkat kepada 2.9% selepas Jabatan Statistik mengeluarkan data terkini hari ini.
Kadar tersebut tertinggi sejak Disember 2011 dan selari dengan ramalan susulan pemotongan subsidi minyak yang diumumkan Putrajaya pada September lalu.
Kajian terkini tersebut dijalankan pada 4 hingga12 Disember baru-baru ini sebaik sahaja berakhir Perhimpunan Agung Umno 2013.
Bagi kajian bulan Disember 2013, sebanyak 1,005 pengundi berdaftar diambil sebagai sampel, 60% terdiri daripada masyarakat Melayu, 31% Cina dan 9% adalah India.
Responden dipilih berdasarkan persampelan rawak berlapis bersama-sama etnik, jantina dan negeri bagi tempat kediaman.
Kajian dilakukan menerusi temuduga perbualan telefon.
Selepas berakhir pilihan raya umum ke-13 lalu, pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak telah mengambil beberapa langkah pengukuhan defisit fiskal, antaranya mengumumkan pemotongan subsidi petrol sebanyak 20 sen, pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen, menaikkan tarif elektrik hampir 15% dan terbaru bakal menaikkan kadar tol di sekitar ibu kota dan Selangor.
Putrajaya juga mengumumkan pelaksanaan cukai GST yang akan bermula pada tahun 2015 sebagai langkah mengelak kebergantungan kepada pendapatan Petronas semata-mata.
Kadar hutang negara yang kini berada pada paras 53.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 43% pada 2008 dan semakin menghampiri 55%.
Najib bagaimanapun menyatakan komitmen kerajaan untuk mencapai sasaran defisit fiskal pada paras tiga peratus daripada KDNK pada 2015 dan bajet berimbang pada 2020 dengan usaha konsolidasi fiskal yang diambil pentadbirannya. – 18 Disember 2013.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa