Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 19, 2013

Cuba Korang Baca Dan Renung Ke Dalam Diri

Dari fb kawan lama ku.....

MESTI BACA!

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

Tetapi

Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga. Fikir-fikirkanlah

* Hidup Bagai pusingan roda… sampai masanya kita pula akan menjadi ibu atau bapa… dan anak-anak kita akan melakukan apa yang pernah kita lakukan terhadap ibu dan bapa kita… dan kita akan bersabar dengan kerenah mereka sebagaimana ibubapa kita pernah lakukan kepada kita… dan begitulah seterusnya… janganlah mengabaikan mereka, JANGANLAH menghantar mereka ke RUMAH ORANG II TUA . JAGALAH mereka seperti mereka menjaga anda sewaktu kecil.. JANGAN ABAIKAN mereka .

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa