Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 17, 2015

Maaf Hadi, saya mohon membangkang

16 November 2015

Maaf Hadi dan PAS, Saya Mohon Membangkang

Sebelum saya meneruskan tulisan ini, saya memohon maaf kepada semua rakan-rakan saya terutamanya kepada ahli PAS. Tujuan rencana ini bukanlah untuk menyerang Datuk Seri Hj Hadi Awang sebaliknya untuk menyatakan pengalaman saya sepanjang menjadi Ahli Majlis MPSP di Pulau Pinang.

Seperti yang diketahui, DAP adalah merupakan parti pemerintah di Pulau Pinang yang membentuk kerajaan bersama sebelum ini bersama-sama PKR dan PAS tetapi kini bersama PKR dan PAN.

Ulasan Hadi kononnya PAS menolak Pilihanraya Kerajaan Tempatan supaya orang Cina tidak menguasai bandar yang mana nanti akan menghalalkan arak dan judi kepada orang Islam sangat tersasar dan boleh disifatkan sebagai satu kenyataan politik tidak tentu hala.

Justeru, izinkan saya berkongsi dengan Hadi mengenai ucapan saya di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berkaitan isu Arak.

Dalam Mesyuarat Penuh MPSP pada bulan Mac 2015,ucapan saya kali kedua untuk menyokong usaha Saudara David Marshal, seorang Ahli Majlis daripada DAP telah membangkitkan mengenai penguatkuasaan arak di Seberang Perai sejak 2014 termasuk penguatkuasaan kawalan jualan dan masa jualan terutamanya Arak Murah. Usul tersebut telah dibahas dan diluluskan di dalam mesyuarat tetap dan sekarang ditubuhkan task force bagi pemantauan serta pengawalan penjualan secara berleluasa arak terutamanya di kalangan remaja. Kini boleh saya katakan MPSP adalah PBT pertama d Malaysia yang mempunyai garis panduan jelas berkaitan arak.

Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang dikuasai oleh DAP, tetapi MPSP tetap dapat menguatkuasakan garis panduan ketat penjualan arak. Pastinya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab, kepentingan kesihatan dan kesejahteraan rakyat menjadi fokus tumpuan dan utama bagi kami.

Ketegasan rakan-rakan Ahli Majlis daripada DAP dan disokong oleh saya sebagai Ketua Whip berserta rakan-rakan Ahli Majlis lain menafikan dakwaan Hadi. Hadi boleh membuat pengesahan dengan bekas Ahli Majlis yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh Tuan Hj Omar Hassan turut sama menyokong usul yang dibawa oleh David Marshal.

Benar, Islam sememangnya melarang umatnya daripada mengambil arak walaupun setitik tetapi saya juga percaya tidak ada satu pun agama di dunia ini yang menggalakkan penganutnya untuk mengambil arak sebagai minuman harian. Oleh yang demikian, saya sangat tidak bersetuju dengan kenyataan Hadi. Kenyataan tersebut adalah merupakan satu dakwaan Mala Fide terhadap Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang diketuai oleh DAP. Hadi perlu menarik balik kenyataan tersebut.

Sekian,

Zulkifli Hj Ibrahim
Ketua Whip Ahli Majlis
Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)

3 comments:

  1. Jgn harap la hadi marang nak tarik balik tuduhan atau minta maaf.
    Kata2 dia umpama dalil quran yg tak boleh dicabar.
    Akan ada nanti walaun yg akan back up

    ReplyDelete
  2. Mr Presideng dh mroyan tahap gaban..yg judi,arak,maksiat bleluasa dlm negara ni sapa yg bg lesen..lg mau auta..ckp la mu tu dh kemaruk nk mnikah ngan umno..jawab la d sana nnti..

    ReplyDelete
  3. Hadi akan jawab, "Ikut suka saya la nak cakap apa pun."

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa