Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 28, 2015

Buli di UPNM: Kalau di Universiti tentera/UPNM memang aku tak pelik!

Video pelajar diikat dan dibuli di UPNM jadi viral
UPDATED: Nov 28, 2015 06:04pm
Klip video itu menunjukkan mangsa, berpakaian kemeja putih dengan tangannya diletakkan di belakang badan, berulang kali ditampar dan ditumbuk pada tubuh dan muka mangsa oleh beberapa individu di tempat kejadian. Foto Facebook Wartawan Jalanan

KUALA LUMPUR, 28 November:

Video mengenai seorang lelaki yang diganggu dan dibuli oleh beberapa individu menjadi viral dalam media sosial terutama laman Facebook.
Video berdurasi selama seminit yang dikongsi di laman Facebook Wartawan Jalanan dipercayai dirakamkan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), yang sepatutnya hanya membabitkan pelajar di institusi pengajian tinggi terbabit.
Klip video itu menunjukkan mangsa, berpakaian kemeja putih dengan tangannya diletakkan di belakang badan, berulang kali ditampar dan ditumbuk pada tubuh dan muka mangsa oleh beberapa individu di tempat kejadian.
Dapat dilihat di dalam video, mangsa yang diikat dengan rantai di lehernya, diseret oleh salah seorang pembulinya.
“Dah macam anjing… binatang dah… Tercekik anak orang tu,” kedengaran perbualan antara dua lelaki yang dipercayai dirakamkan dalam insiden itu.
Pada masa sama, dua lelaki lain yang berpakaian kemeja putih merangkak menggunakan perut mereka, pada saat-saat akhir rakaman video itu, dipercayai juga dibuli.
Insiden dikatakan sebagai sebahagian daripada pelajar didera dengan pelajar senior mengganggu dan membuli mereka yang baru.
Klip video itu mendapat kritikan pengguna internet yang terkejut dengan tingkah laku beramai-ramai itu.
Pengguna Facebook, Norhasrizatun Nani meluahkan rasa terkejutnya terhadap tindakan keganasan dan mengkritik mereka yang merakamkan video itu yang disifatkan hanya mengabaikan dan menjadi penonton.
“Saya tak faham dengan orang zaman sekarang, merakam sesuatu tanpa membantu. Menyakitkan hati betul dengan pemikiran orang seperti ini.”
Seorang lagi pengguna, Fakhrul Radzim said: “Saya tidak percaya kami boleh memperlakukan orang lain seperti itu. Menjijikkan!”
“Tengok pada bahagian akhir video, pelajar terpaksa merangkak menggunakan perut. Penderaan ini teruk, ini mesti pelajar baru,” komen pengguna Facebook, Mohd Faizal Redzuan yang kemudian membuat kesimpulan bahawa tindakan buli itu adalah sebahagian daripada tindakan biasa yang dibuat di universiti itu.
Video yang dimuat naik awal hari ini, meraih 1,800 views dan hampir 30 perkongsian.
https://www.facebook.com/Media.Jalanan/videos/vb.899835386699755/1216963964986894/?type=2&theater

# Pegawai tentera mesti dilatih untuk sabar dan tahan lasak. Kalau tak tahan, bagaimana sekiranya ditawan dan diseksa musuh untuk dapatkan maklumat rahsia? 

Anak sulung aku pun lepasan dari sana.........U pertahanan

6 comments:

  1. Secara teori apabila ditawan mindset akan mengatakan aku akan disoal siasat dan diseksa untuk mendapatkan maklumat.

    Tapi apabila tiba-tiba ditawan oleh musuh, satu soalan pun tak ditanya, tak didera malah dilayan dengan sebaik-baik layanan cuma di dalam tahanan terhad... agak-agaknya segala maklumat yang cuba dirahsiakan akan terbongkar atau tidak?

    ReplyDelete
  2. Kalu iye pun nak uji ketahanan, kenapa tak buat beramai2 di waktu siang hari, di depan komanden? Kenapa pilih2 budak pulak? Nampak sgt pembuli tu bacul takde teloq. Apa nak dibanggakan?

    Aku haramkan anak aku jd tentera kerana berkawat menghentak kaki ke bumi Allah. Menghentak kaki ke bumi hukumnya haram.

    ReplyDelete
  3. kalau dah kena tawan tak payah cakap banyak la
    bocor pun mati tak bocor pun mati
    buat apa simpan musuh yang ditawan bunuh saja diam diam
    abis cerita
    kuat tera mana pun kalau dah kena tangkap dek musoh
    abih cerita la komando tak komando
    sebab tu Islam ajar pejuangya lawan musuh bersungguh sungguh
    menang atau mati
    latihan untuk kuatkan fizikal n mental pun ada tempatnya
    bukan ikut suka hati saja nak belasah ornag
    nampak macam sial saja
    sebab tu tak da berkat ada saja masalah dalam
    tentera rasuah sana sini
    masih adakah lagi amalan maksiat yang ditinggalkan oleh penjajah
    dalam perkhidmatan tentera ?

    ReplyDelete
  4. Pegawai tentera mesti dilatih kekuatan iman dan islam... br jd tentera yg lasak.

    ReplyDelete
  5. masalahnya sudahlah latihan dah berat... sampai kul 12 tengah malam kemudian senior lak membuta tuli amik pelajar kacau sampai kul 4 pagi apa hal ... besok budak tu nak belajar ada kelas .. mau tak tertidur dalam kelas..apa pelajaran yang dapat, masa bila budak tu nak buat tugasan kalau setiap masa senior suruh lapor bilik untuk dijadikan balaci.. kalau tidak.. budak tu akan di taji cukup-cukup... yang video tu tayang baru sikit dan belum teruk lagi.... cakap memang sedap... kena tahan musuhlah apa lah suruh cekal lah... cekal tu takpelah tapi pointer setiap semester nak tinggi kalau tidak akan di buang.. macamana nak tinggi kalau hari hari di kacau senior.

    kebanyakan budak upnm nie banyak yang di buang bukan yang membuli tapi yang dibuli kerana tidak lepas pointer... budak yang di pilih masuk nie bukan budak tak pandai malah yang cemerlang seluruh negara malaysia... lepas masuk upnm ada yang tak sampai 1 pointer pun ... harapan ibu bapa harapan keluarga harapan pelajar itu sendiri hancur di tangan anak bangsa yang banggang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8:19 Am.
      Setuju pendapat Tuan...cuma berani menjatuhkan bangsa sendiri, memalukan!

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa