KOTA BHARU - Pas menyelar tindakan sesetengah pemimpinnya yang hanya setia kepada parti itu ketika Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih memimpin parti, sebaliknya mengkhianati perjuangan setelah ketiadaan pemimpin tersebut.
Tanpa menamakan pemimpin terbabit, AJK Pas Pusat, Datuk Nassuruddin Daud berkata, sewajarnya semua perlu mempertahankan perjuangan dibawa arwah Tok Guru dan bukannya mengkhianati sesama sendiri selepas pemergiannya.
Menurutnya, pemimpin mahupun penyokong sepatutnya taat kepada Pas kerana asas perjuangan Islam menjadi pengukuhnya, bukannya mengikut dan sayangkan parti semasa arwah masih ada.
“Ada orang ni dia kuat Pas apabila Tok Guru ada , bila Tok Guru mati, dia 'brona' (bermasalah). Jangan, (ikut parti) bukan kerana Tok Guru, (tetapi) kerana ALLAH SWT.
“Kita turut Tok Guru sebab beliau perjuangkan perjuangan Islam. Jangan masa Tok Guru ikut, masa Tok Guru tiada kita khianat,” katanya dalam Ceramah Perdana Sambutan 60 Tahun Pas Kelantan yang diadakan di Dataran Ilmu di sini, malam kelmarin.
Nassuruddin yang juga Ketua Penerangan Pas Kelantan berkata, pemimpin terbabit sepatutnya rasa malu dengan penyokong yang memberikan peluang menjadi pemimpin suatu masa dahulu.
“Ada yang jual padi untuk derma kepada Pas, toreh getah derma pada Pas, jual pisang untuk Pas, tiba-tiba orang yang diberi amanah ini mengkhianati perjuangan kita,” katanya.
Dalam masa sama, Nassuruddin turut menyindir kumpulan tertentu dalam Pas yang sanggup menikam sesama sendiri tanpa menyedari, telah mendapat manfaatnya sebagai pemimpin.
“Pohon 60 tahun sudah banyak dapat hasilnya, termasuk yang khianat pun makan hasil ini juga, tetapi tidak sedar sampai hendak tebang pohon.
"Kita tidak akan biarkan sesiapa pun mengkhianati perjuangan Islam yang diasaskan pada 1951 lagi,” katanya.
Nassuruddin juga turut mempersoalkan tindakan individu tertentu yang menganggap masih sayangkan parti sedangkan dalam masa sama terus menerus mengkritik dan membuka rahsia.
“Kalau sayang ada caranya, jangan sayang seperti beruang, mahu tampar lalat pada hidung tuannya, tetapi tampar sehingga tuannya juga mati. Orang khianat perjuangan Islam hidup tidak selamat dunia dan akhirat.
“Jangan khianati amanah, amanah kepimpinan, amanah rahsia parti dan kerajaan. Tidak boleh khianat haram semuanya. Padanlah ada yang bertaklik depan Tok Guru.
“Bai’ah ini sebenarnya bai’ah dengan ALLAH SWT. Bai’ah dengan perjuangan Islam sebenarnya berbai’ah dengan ALLAH SWT,” katanya.
Sebagai amaran, Nassuruddin berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan pengkhianat parti dan mahukan golongan seperti itu ditolak oleh penyokong.
Macam mana nak ikut PAS kalau pemimpin yg ada dlmPAS sekarang ni dah lari dari landasan dah sama macam UMNO BN.
ReplyDeleteDalam politik tak boleh statik macam kehendah mangkuk jamban nih. Kalau dia OK kita sokong. Kalau macam haramjadah, bagi je penendang! Jangan jadi bodoh macam ahli amno. Kah kah kah..
ReplyDeleteBahalol PAS tiada had nya
ReplyDeleteArwah Nik Aziz saja yang bawa PAS ke jalan benar
Yang lain nak kaya ber gaya menguna PAS
Orang Orang PAS pulak tak nak pakai Otak.
Bukankah puak2 yang berpusu2 mengurat dan berpeluk dengan UMNO selepas perginya AlMarhum TGNA yang telah melakukan onar? Bukankah sehingga akhir hayatnya TGNA menolak UMNO seperti menolak arak, judi, rembat balak dan rasuah (yang semuanya adalah trademark UMNO)? Bukankah TGNA yang pernah bertekad jika berlakunya cadangan untuk berkerjasama dengan UMNO, PAS akan berpecah? Bukankah bekas2 pimpinan PAS yang kuar dan menubuhkan Amanah mengikut tekad AlMarhum dan keluar PAS kerana tidak sanggup bersekongkol dengan puak2 yang kemaruk jawatan dalam kerajaan pusat?
ReplyDeleteSiapa yang buat ONAR? Geng yang dilambai sayang oleh Timbalan menteri UMNO dalam Parlimen atau geng2 yang sanggup dizalimi hingga masuk penjara kerana tekad menentang kejahatan UMNO dan pemimpin2nya? Rakyat tidak bodoh wahai para walaun2 dan lebai2 malang! Kami boleh melihat dan kami boleh berfikir. Taat itu khusus kepada Allah dan Rasul tetapi taat kepada pemimpin ada batas, ada rasionalnya dan ada pengecualiannya. Walak membuta tuli tu adalah sama je dengan slogan UMNO iaitu "Dulu, Kini dan Selamanya"! Tak dak beza dah walaun2 dari pencacai UMNO! Kami nampak so tak payah lah nak membohong lagi dan tunjuk alim!
Nick.
Cape Tiger.
KPD RAKAN AMANAH & PKR:
ReplyDeleteMintak jauhi blog omak kau kerana pemiliknya bersifat bias. Kebanyakan post hanya memuji Pas tetapi menghina Amanah, Pkr, Dap dan PH. Terlalu banyak fitnah dan adi domba berleluasa dlm ruangan komen. Minta jgn tambah dosa kita.
kah kah kah
ReplyDeleteUstaz Nasarudin Daud, exco Kerajaan Kelantan berkata :
"Kita tidak akan biarkan sesiapa pun mengkhianati perjuangan Islam yang diasaskan pada 1951 lagi,”
Subhanallah! PAS yang berteraskan al-Qur'an dan as-Sunnah merupakan sebuah parti yang berusaha untuk menegakkan Islam melalui demokrasi.
PAS telah berjaya menarik minat masyarakat Islam di Malaysia dan mereka berjuang dalam satu saf berasaskan pelembagaan parti.
Perkhianatan kepada perjuang PAS bukan sahaja akan ditentang oleh ahli PAS, bahkan mereka juga pasti akan mendapat balasan dari Tuhan Yang Mengarah supaya perjuangan ini ditegakkan di muka bumi.
Persoalannya, apakah maksud dan ruang lingkup "pengkhianatan kepada perjuangan PAS".
Adakah mereka yang kekal dalam PAS dianggap orang yang tidak mengkhianati perjuangan PAS?.
Adakah orang yang keluar dari PAS secara terpaksa dianggap pengkhianat kepada perjuangan PAS?.
Adakah orang yang berada dalam PAS dan mengkritik pimpinan PAS merupakan pengkhianat kepada perjuangan PAS?.
Adakah orang yang berada didalam PAS, namun membuat pelbagai usaha dibuat untuk merapatkan PAS dengan musuh, dianggap bukan pengkhianat?
Adakah orang yang diberi amanah untuk memimpin PAS, namun pada masa yang sama berusaha untuk memecah belah ahli PAS tidak dianggap pengkhianat kepada perjuangan parti?.
Kawen nak Tanya nik Amar. Knapa x pakai range rover masa TGNA msh hidup
ReplyDeleteAnon 1:48 PM
ReplyDeleteBlogger tu asalnya orang PKR dan penyokong tegar Khalid Ibrahim. Tetapi bila Khalid bermasalah dengan PKR namun di sokong PAS ketika krisis MB Selangor dulu, sedikit demi sedikit dia telah menyakong PAS dan beralih arah.
Tentang fitnah atau benar itu ada hak dan kebebasan dia. Allah lagi menyediakan Syurga dan Neraka kan?