PETALING JAYA : Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Nasharudin Mat Isa menafikan Pas pernah mengadakan perbincangan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam usaha untuk membentuk kerajaan dengan Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, pertemuan yang diadakan pada tahun 2009 hanya merupakan perbincangan yang membabitkan isu kepentingan negara dan tidak melibatkan mana-mana individu.
"Pertemuan bersama pimpinan tertinggi parti merupakan perkara biasa. Tiada apa yang perlu disorokkan. Pertemuan itu adalah untuk kebaikan negara, bukan kepentingan peribadi mana-mana individu.
"Bagi saya (pertemuan) itu, bukanlah satu isu yang perlu dijadikan bahan untuk menjadikan seseorang itu popular.
"Ianya keputusan parti dan merupakan perbincangan demi maslahat (kebaikan). Pertemuan saya ini sudah lama berlaku dan ianya mengenai perbincangan yang berkaitan dengan maslahat politik. Pembentukan kerajaan perpaduan tiada dalam agenda," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri pelancaran buku 'The Middle Path of Moderation in Islam' oleh penulis, Profesor Mohammad Hashim Kamali yang dirasmikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Dewan Persidangan International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) di Petaling Jaya, Selangor.
Sebelum ini, bekas naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendakwa presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi pernah mempunyai niat membentuk kerajaan dengan BN.
Bagaimanapun, Husam mendakwa hasrat itu gagal kerana ia tidak mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadlian Rakyat (PKR) Selangor.
Husam turut mendakwa, anggota parti Pas pernah ditawarkan tempat dalam kabinet BN.
Beliau turut berkata, Nasharuddin pernah mengadakan pertemuan dengan Tun Abdullah dan dalam pertemuan itu Pas didakwa telah ditawarkan tiga jawatan menteri dan tiga jawatan timbalan menteri.
Menurutnya, pertemuan yang diadakan pada tahun 2009 hanya merupakan perbincangan yang membabitkan isu kepentingan negara dan tidak melibatkan mana-mana individu.
"Pertemuan bersama pimpinan tertinggi parti merupakan perkara biasa. Tiada apa yang perlu disorokkan. Pertemuan itu adalah untuk kebaikan negara, bukan kepentingan peribadi mana-mana individu.
"Bagi saya (pertemuan) itu, bukanlah satu isu yang perlu dijadikan bahan untuk menjadikan seseorang itu popular.
"Ianya keputusan parti dan merupakan perbincangan demi maslahat (kebaikan). Pertemuan saya ini sudah lama berlaku dan ianya mengenai perbincangan yang berkaitan dengan maslahat politik. Pembentukan kerajaan perpaduan tiada dalam agenda," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri pelancaran buku 'The Middle Path of Moderation in Islam' oleh penulis, Profesor Mohammad Hashim Kamali yang dirasmikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Dewan Persidangan International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) di Petaling Jaya, Selangor.
Sebelum ini, bekas naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendakwa presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi pernah mempunyai niat membentuk kerajaan dengan BN.
Husam turut mendakwa, anggota parti Pas pernah ditawarkan tempat dalam kabinet BN.
Orang aliran agama membontot pemimpin yg zalim, pandai buat alasan nak membontot pemimpin yang zalim nak dapt sedikit habuan dunia, orang miskin dan memerlukan tak pernah dengar nak mendekati dan membela.
ReplyDeleteKalau ceramah asyik suruh redha dia sendiri tak redha nak senang lenang membontot pemimpin yang zalim
Memang celaka
Errrkkkkkk. Dah kenyang dah.
ReplyDelete... dah ada remoih pulak atas kepala tu. ...
ReplyDeleteMuka ni dr dulu byk menipu... Geng ustaz skrg byk yg xboleh pakai... Mengajar pandai tp sendiri buat lain...
ReplyDeleteGeng OSTAD punb"nak cari makan" jugak bro !!!!!!
ReplyDelete