Rampas Kelantan: Lebih baik pertahan pusat
WARTAWAN SINAR HARIAN - 30 NOVEMBER 2015
KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan menasihatkan Umno memberi tumpuan mempertahankan kerajaan pusat dan menyelesaikan krisis dalaman parti itu sebelum bercita-cita mahu merampas negeri itu.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Umno kini dilihat begitu tenat selepas berdepan pelbagai krisis termasuk yang tidak pernah dialami dalam sejarah penubuhannya.
“Saya kira kenyataan Pengerusi BN Negeri, Datuk Mustapa Mohamed (kelmarin) bahawa sekarang masa paling sesuai untuk merampas Kelantan agak terpesong daripada realiti sebenar.
“Misalnya dengan kewujudan ‘pasukan Najib’ dan ‘pasukan Muhyiddin’ yang tidak mustahil akan mencetuskan implikasi tidak baik pada parti itu menjelang pilihan raya umum nanti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda Pasir Mas berkata, keyakinan rakyat tehadap kemampuan Umno dan BN juga berada pada tahap yang sangat rendah ekoran situasi ekonomi semasa yang tidak menentu.
Dakwanya, mata wang negara yang diniagakan dengan nilai sangat rendah membayangkan keyakinan pelabur asing juga berada pada tahap membimbangkan.
“Sekadar yakin untuk merampas Kelantan bukanlah satu perkara baru bahkan menjelang PRU 2008 dahulu pun, Umno Kelantan pernah menabalkan bakal ‘Menteri Besar’ yang hari ini telah hilang dari landskap politik.
Beliau berkata, Pemuda Pas sedia menyahut cabaran dalam usaha mengekalkan kedudukan parti itu di negeri ini.
Kalau Hadi Awang boleh menyerahkan Terengganu kepada UMNO dengan sepenggal sahaja pemerintahan, tak mustahil Kelantan pun boleh diserahkan kepada UMNO.
ReplyDeleteWalaupun UMNO lemah di dalam negara tetapi tetap mampu menjatuhkan PAS di Kelantan yang terpalit dengan isu pentadbiran dan gagal menangani ribuan penduduk yang terjejas teruk akibat banjir besar yang disabitkan oleh penebangan balak yang tak terkawal dan tidak dipantau (lebai bodoh tak reti buat kerja) oleh kerajaan PAS. Isu tersebut menyebabkan dendam rakyat terhadap PAS pada PRU14 amat mendalam dan tidak boleh dimaafkan lagi walaupun PAS sedia mencagarkan Hudud dan menjanjikan keredhaan Allah terhadap rakyat yang mereka fikir mampu dibeli dan dibodohkan sampai kiamat.
Betul 1Crony ... ambo tak sabar menanti saat itu . Pascai menang di kelantan bukan kerana kuat dan ramai ahlinya ttp menang krn org seperti ambo pengundi atas pagar serta penjawat awam termasuk guru2 yg benci dgn kbejatan dan ksombongan pmimpin umno kelantan. Senario ini terbalik pula kpd pascai yg dikacata mata rakyat, mereka nampak " menta" dan hidup bergaya ala umno. Ditambah dgn sikap tidak banyak menolong rakyat. Pengundi tegar menanti unt menghukum kerajaan mat yaacob nanti.
ReplyDelete