Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 24, 2015

Penjilat tegar: Sanggup gadaikan keamanan kerana wala' pada seseorang

Gerakan Merah ancam ‘rusuhan’ di PWTC

 | November 24, 2015
Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal didakwa terlibat dalam gerakan mendesak Najib Tun Razak berundur oleh ketua-ketua UMNO cawangan.
ali tinju
PETALING JAYA: Gerakan Merah yang diketuai Ali Tinju mengancam mengadakan rusuhan sekiranya ketua-ketua UMNO cawangan membuat kecoh pada Perhimpunan Agong UMNO, bulan depan.
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), dia akan melakukan apa sahaja bagi mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada kumpulan itu.
“Saya akan mengetuai rusuhan di hadapan PWTC sekiranya ketua-ketua UMNO cawangan tersebut membuat kecoh untuk mendesak Datuk Seri Najib berundur.
“Saya juga akan bertanggungjawab untuk mempertahankan Presiden UMNO dari sebarang ancaman. Kalau apa-apa berlaku nanti jangan salahkan pihak Gerakkan Merah,” katanya kepada FMT.
Mengulas lanjut, dia mendakwa Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dalang utama di sebalik desakan itu.
“Bekas Setiausaha Politik Muhyiddin, juga terlibat. Gerakan ini (cawangan yang mendesak Najib letak jawatan) didalangi oleh pemimpin tertinggi UMNO yang kecewa iaitu Muhyiddin, Shafie dan lain-lain.
“Mereka ini sedang mengumpul 3,000 cawangan untuk mendesak Najib letak jawatan,” katanya.
Katanya, ketua-ketua UMNO bahagian perlu bertindak segera dengan mengambil tindakan kepada ketua-ketua cawangan yang terlibat.
“Saya minta barua-barua Muhyiddin ini supaya berhenti mendesak Perdana Menteri meletak jawatan, jika kamu tidak berhenti, kamu akan berhadapan kumpulan Gerakan Merah,” katanya.

14 comments:

  1. Ni sekor lg penjilat tegar..nk pertahan najib nk buat apa..byk kerosakan yg dia dh buat..mamat ni x faham ker..ekonomi Malaysia dhbtenat angkara najib x reti tadbir Malaysia ni..bongok tu simpan sikit utk bgtau kt anak cicit nnti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jamal Pak Tongkol dah dapat DEDAK dari dsn......Ali Tinju bontot belum mentekedaghah dedak lagi......sebab tu lah dok meghoyan macan langsuer cari tuan.

      Delete
  2. Ni sekor lg penjilat tegar..nk pertahan najib nk buat apa..byk kerosakan yg dia dh buat..mamat ni x faham ker..ekonomi Malaysia dhbtenat angkara najib x reti tadbir Malaysia ni..bongok tu simpan sikit utk bgtau kt anak cicit nnti...

    ReplyDelete
  3. biarkan luncai terjun dengan labunya

    ReplyDelete
  4. Kat sini pun ada penjilat tegar ! ......... tapi penjilat tegar Dap ...... tp bagi penyokong2 depa kata ia perbuatan suci lagi murni lebih suci dan murni dpd sokong perjuangan Islam ! ........ kahak ptui !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tersepit mulalah nak jadi pejuang islam. Nak lawan musuh islam lah, nak mempertahan kedaulatan islam lah. Tunggu je masa bila terlepas nanti, balik perangai lama. Woit mamat, kalau nak perjuangkan islam jangan sokong perasuah, pencuri, penyamun, penipu, pemecah amanah, baru betul.

      Delete
  5. Mestilah kena pertahan Najib jika Najib jatuh periuk nasik masuk banjir beb maka terpaksalah berbuat demikain inilah yang dikatakan Najim bela samseng dengan menteri-menteri kebinet yang tolol.Itulah sebabnya polis takut nak bertindak terutama sekali IGP dengan twitternya,kita lihat saja anak Anuar baru bergambar dengan bekas penyerang Sabah belum pun sempat memberi penjelasan IGP sudah arah suruh siasat,ini terang-terang mengaku hendak merusuh IGP masih membisu.Oh Malaysia ku semua undang-undanmg boleh dibeli dengan kuasa Najib.

    ReplyDelete
  6. anon 12.50 pm...ko dah makan panadol dah? Tak pun pegi mintak air jampi kt pak lebai malang tu..Pening kepala ko dah semakin parah tu..hihihi!

    ReplyDelete
  7. Jgn kaitkan segala jenis ketidaktelusan dgn islam. Islam memperjuangkan kebenaran melampaui batas agama.

    ReplyDelete
  8. Mcm.ni punya statement,mr policia kantora tunggu apa lg..

    ReplyDelete
  9. Anon 12;50 ...kesian kt kau nk masuk neraka....itulah padahnya jual agama.. xpyah jd Yahudi tp sokong Umno yg .......... lslam pn blh jd kafir......aku bln org parti mana2 tp ballk undi Pas seblm ni..tp tengok ke perangai Ulamak Pas @ Tuang President sejak TGNA pergi.......Betul2 serlahkan sikap yg tidak mencerminkan ajaran Islam .....tp Setan bertopengkan manusia jd mnta Puak2 Pas yg masih walaun kpd bapak Setan ....jangan cemarkan agama Islam semara2 utk poker

    ReplyDelete
  10. Manusia hari ni, macam2 cara nak cari makan,.ikhtiarlah di tempat lain pula,.kata Negara demokrasi bagi lah Orang lain berbicara,..jangan ikut kehendak sendiri je,..apakah kalau tidak mengapu bodek anda akan mati kekeringan?? Kecuali orang yg malas Dan sakit kronik,.sedar lah,....

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. brader tu tak dapat pencen askar gamaknya. jilat punya jilat mana tau dapat pangkat dato pula.
    tak ada pun askar yg masih bertugas mau pun yg berenti yg bingong semacam dengan dia.
    nak jilat je.nak hisap ke.tolong jangan guna persatuan veteren atau guna nama tentera .melayu. buat malu je

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa