Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 24, 2015

Bukti UMNO terlibat rasuah?

NFC: Pembebasan suami Shahrizat, bukti UMNO terlibat rasuah

 | November 24, 2015
Jika dana tersebut telah diluluskan ia bermakna skandal NFC ini tidak terpalit kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil sahaja, tetapi keputusan itu mengesahkan bahawa skandal ini melibatkan keseluruhan UMNO
rafizi,salleh
KUALA LUMPUR: Keputusan mahkamah bahawa Pengerusi Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Salleh Ismail tidak bersalah dalam pertuduhan pecah amanah membuktikan keseluruhan pimpinan UMNO terlibat dalam rasuah.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan mahkamah bahkan ia membuktikan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak telah meluluskan supaya dana NFC digunakan untuk membeli dua unit kondominium bernilai RM49.7 juta.
“Saya tidak terkejut dengan keputusan mahkamah yang mendapati Datuk Seri Salleh Ismail tidak bersalah dalam satu pertuduhan pecah amanah menggunakan dana NFC untuk membeli dua unit kondominium mewah di One Menerong, Bangsar.
“Tertuduh telah mengemukakan bukti bahawa pembelian tersebut telah diluluskan mengikut prosedur dan peraturan syarikat. Oleh kerana pembelian kondominium itu diluluskan maka tidak berlaku sebarang pecah amanah,” katanya dalam sidang media di Parlimen pada Selasa.
Katanya, jika dana tersebut telah diluluskan, ia bermakna skandal NFC ini tidak terpalit kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil sahaja, tetapi keputusan itu mengesahkan bahawa skandal ini melibatkan keseluruhan UMNO kerana telah memberi keizinan untuk menggunakan dana tersebut.
“Keputusan mahkamah ini secara langsung memberi mesej bahawa pentadbiran Najib langsung tidak peduli dengan kemarahan rakyat mengenai skandal NFC,” katanya lagi.
Jelas Ahli Parlimen Pandan itu lagi, UMNO sepatutnya tidak lagi melibatkan diri dalam isu NFC lagi bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu.
“UMNO sepatutnya tidak melibatkan diri dalam isu NFC, tetapi telah meletakkan tangan dalam kes ini. UMNO juga jangan terlalu ghairah berselindung di sebalik alasan pembelian yang tidak munasabah tetapi mematuhi prosedur untuk lari dari tindakan undang-undang.
“Rakyat menilai kewajaran perbelanjaan itu berlaku, bukan semata-mata sama ada ia telah diluluskan oleh lembaga pengarah atau tidak,” jelasnya.

1 comment:

  1. Patut la mami jarum duk ampu teloq najib kebelakangan ni..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa