Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 28, 2015

Mamat ni dah taubat dan menyesal atau apa tujuannya?

Semua orang tahu peranannya dalam kes liwat I

Bekas pemimpin Umno sertai kempen bebaskan Anwar
 | HAZAYANI ZAKARIA
Khairudin Abu Hassan

Bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan secara terbuka menyatakan sokongan penuh dan akan memainkan peranan berhubung kempen membebaskan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Khairuddin berkata,  Anwar harus bebas dari Penjara Sungai Buluh untuk menyemarakkan lagi landskap serta senario politik tanah air dan mentadbir negara dengan amanah.
"Saya menyokong penuh mana-mana dayausaha untuk membebaskan Datuk Seri Seri Anwar Ibrahim dari penjara Sungai Buloh
"Amat wajar untuk Datuk Seri anwar Ibrahim berada di luar bagi memainkan peranan sebagai ketua pembangkang yang efektif bagi 'check and balance' pentadbiran negara kita agar ianya berada di landasan yang betul," tulis beliau di faceboknya.
Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu juga berkata, rakyat  tidak boleh berharap lagi pada pihak 'backbenchers' Barisan Nasional yang terlalu kuat mengampu secara membuta tuli dan tidak berani lagi untuk membuat teguran-teguran membina keatas pucuk kepimpinan tertinggi.
"Mereka ini adalah kalangan kaki bodek otak udang minda lemah yang tidak amanah pada Allah swt serta rakyat jelata!! Mereka lebih takut pada manusia dari tuhan!!" katanya lagi.
Menurut beliau, rakyat harus berani membuat teguran secara jujur dan ikhlas demi kebaikan atau kepentingan parti agar menjaminkan survival Umno mahupun BN pada pilihan raya umum ke 14.
"Keseluruhan ahli-ahli umno serta rakyat harus menolak secara total terhadap puak kaki bodek minda lemah otak udang ini yang sedang menjahanamkan parti serta urus-tadbir negara kita.
Justeru tegasnya, rakyat memerlukan pembangkang yang efektif dan rasional untuk sama-sama memainkan peranan  ke arah 'nation building' tanpa sebarang agenda politik masing-masing.
"Sudah tiba masanya untuk kita semua bersatu dan jangan buat retorik politik lagi tetapi harus ikhlas untuk membangunkan semula negara kita yang sedang berada diambang kejatuhan khususnya dari perspektif politik dan ekonomi," katanya.
Khairuddin pernah ditahan selama 28 hari untuk siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) berhubung kenyataan beliau berkaitan siasatan membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa