Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 28, 2015

Untuk renungan yang merasa dirinya Melayu

Dr Shukri Abdullah
( Pakar Motivasi Malaysia )

Melayu Mundur Kerana Melayu !

Memang mudah   tuding jari kepada DAP

Memang senang tuduh MCA atau MIC

Betul ke Cina dan India yang menyebabkan Melayu mundur ?

Melayu alpa.
Melayu merempit.
Melayu ambil dadah.
Melayu gila hiburan.
Melayu asyik berkonsert.

Di dewan - konsert, di padang - konsert,

Di staudium - konset, di TV - konsert.

Hebat Melayu, dari Bintang Kecil ke Bintang Tua !

Angkara Cina dan India kah semua tu ?

Memang banyak cerita Cina diskriminasi Melayu di dunia pekerjaan.

Dalam sektor swasta mereka kuasai.

Sukar anak Melayu nak naik pangkat.

Dunia perniagaan mereka control.

Payah peniaga Melayu nak mencelah sama.

Kita tidak kata Cina dan India 100% tidak bersalah.

Tetapi Melayu juga ada diskriminasi Cina dan India !!

Kita berkata, dimana Melayu boleh kawal kenapa Melayu tidak kawal.

Kenapa Melayu tak kawal hiburan hingga melekakan remaja Melayu.

Hingga kini bukan saja remaja Melayu

Mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan

Barangkali tok dan tok wan Melayu juga !

Bukan saja anak kecil, datuk dan nenek Melayu pun menyanyi.

Pun bergencok.
Pun berlenggang.
Pun lupa diri.

Jadi kalau ramai pelajar Melayu tak tau solat.

Kalau lagi ramai yang tau solat tak bersolat.

Terlalu ramai tak pernah jemaah di mesjid,

Salah Cina dan India lagi ????

Siapa perintah negara setakat ini .... Cina dan India ?

Siapa kesemua PM setakat ini .... Cina dan India ?

Siapa semua hampir kesemua MB-KM setakat ini ... Cina dan India ?

Siapa majoriti ketua2 jabatan setakat ini ... Cina dan India ?

Siapa ketua Polis dan ketua Tentera setakat ini ... Cina dan India ?

SEKARANG ini mari kita pakat perbaiki diri kita.
Perbaiki bangsa kita.
Perbaiki amalan agama kita
Perbaiki anak muda kita.
Perbaiki pelajar kita

Dengan menoleh ke dalam diri kita

Dengan muhasabah kesilapan kita

Dengan ikhlas dengan kekurangan kita

Dengan usaha perhebatkan bangsa kita.

Hanya Melayu yang Islam boleh maju kedepan.

Melayu yang Melayu sukar, lambat dan tak nampak jalan !
Lihat dalam Islam ...

Kita diajak berjaya 15 kali sehari, 450 kali sebulan, 5400 kali setahun.

Kan berkemundang "Haiyya Alal Falah"

Dua kali dalam azan, sekali dalam iqamah ... 5 kali sehari.

Mari berjaya.

Come to success.

Tetapi "Haiyya Alal Falah" didahului dengan "Hayya Alal Solah"

Maksudnya berjaya ikut acuan Islam.

Mari bersolat, mari berjaya.

Come to solat, come to success.

Rumusan:
Renung bangsa sendiri.
Tengok amalan agama bangsa sendiri.
Teliti kesilapan kealpaan bangsa sendiri.
Muhasabah bangsa sendiri.

Apabila kita asyik tuduh CIna dan India.

KIta tambah dengan Kadazan dan Iban

KIta Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita.

Itu salah kita selama ini.

Usah beralasan lagi.

Mari kita sama-sama cari jalan keluar.

Ayuh Melayu ... sama-sama fikir, sama-sama renung.
Sama-sama bertindak dengan bijaksana.

Bukan emosi tak tentu hala !

5 comments:

  1. seperti turki menyalahkan russia

    http://g8fip1kplyr33r3krz5b97d1.wpengine.netdna-cdn.com/wp-content/uploads/2015/07/GreekAirspace-011-714x472.png

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kepada Dr Shukri Abdullah. Apa yang tuan kata itulah yang saya rasa semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman dipinggirkan oleh UMNo apabila beliau tidak menjadi Perdana Menteri lagi. Dari tempoh itu saya yang tidak ijazah ini sudah namapak bibit-bibit kehancuran bangsa Melayu dinegara mereka sendiri. Yang tuan sampaikan adalah satu kebenaran, Namun kebenaran itu tidak akan diakui oleh Melayu totok. Nak katakan Islam belum tentu lagi. Nak katakan kafir solat Idulfitri tak pernah miss lagi siap dengan sepasang baju Melayu baru. Benar sekali kata kata tuan. Solat dahulu, bertaqwa (buat yang baik dan tinggalkan yang tidak disuruh dan dibuat oleh Rasulullah s.a.w.), berusaha, ikhlas dan tidak khianat. Walau apapun saranan Tuan adalah ibarat mencurah air di daun keladi. Bukan senang untuk menggubah satu bangsa yang leka, malas, tak hargai ilmu, malas, suka belot dn menipu, malas, suka benda percuma, malas dan malas dari dulu, kini dan selamanya!!

    ReplyDelete
  3. Biro Tata Negara, Memotovasikan budak budak melayu dan mengumnokan dan mengkambingkan hitam bangsa lain dan pembangkangkan utk memajukan melayu melayu pada tahap skg.
    Tulah polisi berpuluh puluh tahun utk memajukan melayu
    Hasil memang maju keterbelakangkan melayu melayu ni

    ReplyDelete
  4. Melayu jauh bezanya dengan melayu ISLAM .renong2 lah!!!!!!!!!!!!?

    ReplyDelete
  5. Tiada melayu disisi Allah swt melainkan iman dan taqwa, cina ke, india ke, atau apa bangsa sekalipun tanpa iman dan taqwa maka sia-sia lah kehidupan. Hanya mereka yang berpegang pada tali Allah akan tergolong dalam golongan mereka yang dilindungi dan diberikan nikmat kepadanya bukan golongan mereka yang dimurkai dan sesat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa