'Nik Nazmi cemburu pembangkang tiada 'bintang TV' macam KJ'
KUALA LUMPUR: Ketiadaan ikon anak muda di kalangan pemimpin pembangkang menyebabkan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad cemburu dan meminta Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menjadi seorang bintang televisyen sahaja.
Naib Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, Nik Nazmi juga sebenarnya tidak boleh menerima realiti sokongan yang diterima Khairy daripada anak-anak muda sendiri.
"Saya simpulkan kenyataan Nik Nazmi itu kerana terlalu cemburu dengan penampilan Khairy yang dilihat mendapat sokongan majoriti anak muda di seluruh negara.
"Dalam pembangkang tidak ada pemimpin muda yang dapat menandingi KJ dalam semua aspek. Kerana itu Nik Nazmi keluarkan kenyataan sedemikian.
"KJ kini menjadi ikon anak muda yang membuatkan pembangkang cemburu dengan pemimpin muda dalam UMNO yang lebih baik daripada mereka," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Pada Ahad, Nik Nazmi menasihatkan Khairy agar hanya menjadi bintang televisyen dengan alasan pemimpin Pemuda UMNO itu serta pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO yang lain gagal menunjukkan peningkatan moral antara diri mereka.
Dalam pada itu kata Dr Najmil, pemimpin muda pembangkang juga ketandusan idea serta isu yang boleh menandingi UMNO.
"Sebab itu mereka mencipta plot serta tuduhan yang kebanyakannya bermotif murahan. Mereka tidak ada idea lain selain bermain sentimen yang tidak mendatangkan manfaat kepada negara secara keseluruhannya.
"Lebih-lebih lagi apabila menyentuh isu membabitkan KJ sebagai bintang televisyen. Apakah Nik Nazmi ini cemburu dengan populariti KJ atau mahu juga berlakon dalam beberapa filem pendek yang disertai KJ sebelum ini?" ujarnya.
Kata Dr Najmil lagi, Nik Nazmi juga seharusnya membuka mata dan mengakui sahaja Khairy sebagai seorang ikon anak muda yang sukar ditandingi.
"Nik Nazmi boleh namakan mana-mana pemimpin muda pembangkang lain yang mempunyai pengaruh seperti KJ. Kita bandingkan dalam apa juga aspek yang Nik Nazmi mahu dan akui sahaja kemampuan KJ sebagai bintang kepada golongan muda di negara ini," jelasnya.
Naib Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, Nik Nazmi juga sebenarnya tidak boleh menerima realiti sokongan yang diterima Khairy daripada anak-anak muda sendiri.
"Saya simpulkan kenyataan Nik Nazmi itu kerana terlalu cemburu dengan penampilan Khairy yang dilihat mendapat sokongan majoriti anak muda di seluruh negara.
"Dalam pembangkang tidak ada pemimpin muda yang dapat menandingi KJ dalam semua aspek. Kerana itu Nik Nazmi keluarkan kenyataan sedemikian.
"KJ kini menjadi ikon anak muda yang membuatkan pembangkang cemburu dengan pemimpin muda dalam UMNO yang lebih baik daripada mereka," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Pada Ahad, Nik Nazmi menasihatkan Khairy agar hanya menjadi bintang televisyen dengan alasan pemimpin Pemuda UMNO itu serta pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO yang lain gagal menunjukkan peningkatan moral antara diri mereka.
Dalam pada itu kata Dr Najmil, pemimpin muda pembangkang juga ketandusan idea serta isu yang boleh menandingi UMNO.
"Sebab itu mereka mencipta plot serta tuduhan yang kebanyakannya bermotif murahan. Mereka tidak ada idea lain selain bermain sentimen yang tidak mendatangkan manfaat kepada negara secara keseluruhannya.
"Lebih-lebih lagi apabila menyentuh isu membabitkan KJ sebagai bintang televisyen. Apakah Nik Nazmi ini cemburu dengan populariti KJ atau mahu juga berlakon dalam beberapa filem pendek yang disertai KJ sebelum ini?" ujarnya.
Kata Dr Najmil lagi, Nik Nazmi juga seharusnya membuka mata dan mengakui sahaja Khairy sebagai seorang ikon anak muda yang sukar ditandingi.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa