Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 25, 2015

Apa tujuan statements ini: Meremehkan isu atau persuasive?

Hanya 0.001% saja berhenti menyumbang kepada YaPEIM
 | ARIF ATAN
Tanpa menyangkal pendedahan dakwaan salah guna dan pembaziran dana yang diperoleh daripada lebih 500,000 penyumbang, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) mendakwa hanya 0.001 % sahaja dari pencarumnya menarik balik caruman bulanan mereka.
Mereka pula dipengaruhi oleh pihak yang tidak berniat baik dan pihak YaPEIM hampir mengenal pasti pihak yang dianggap membocorkan dokumen berkaitan.
Menganggap pendedahan tersebut sebagai menimbulkan ‘fitnah’, Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin dilaporkan berkata, maklumat tersebut tidak lengkap.
Beliau juga berkata, pembongkaran termasuk jumlah gaji dan elaun diterima beberapa individu dalam Lembaga Pemegang Amanah itu dilakukan oleh orang dalam YaPEIM disamping apa yang didakwanya ‘unsur-unsur luar’.
Mengulas tindakan kira-kira 3,000 penyumbang dana Amal Jariah melalui Skim Potongan Gaji (SPG) menarik diri daripada meneruskan sumbangan, Abibullah berkata, pemberhentian itu hanya melibatkan 0.001 peratus sahaja daripada lebih 500,000 penyumbang.
Mengakui ada individu yang menyumbang sehingga RM500 pada setiap bulan, beliau memberitahu beberapa pegawai YaPEIM telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat berhubung dakwaan tersebut.
Mendakwa tidak boleh mengulas lanjut pendedahan maklumat itu kerana masih dalam siasatan polis, Abibullah berkata, pihaknya sedang membuat siasatan dalaman dan sedang mencari punca daripada perkara tersebut berlaku.
Menurut laman web rasmi YaPEIM, SPG ialah salah satu daripada 11 skim dan program di bawah yayasan itu yang menyasarkan semua pegawai dan staf beragama Islam dan bergaji tetap daripada sektor awam dan swasta untuk pelbagai program amal jariah melalui YaPEIM.
NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW) dalam beberapa siri pembongkarannya sepanjang bulan ini antara lain mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Islam, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom menggunakan sejumlah wang sebanyak RM590,000 bagi perjalanan ke luar negara bersama isteri, bermain golf dan lawatan di pusat beli-belah di Amerika Syarikat pada tahun lalu.
Walau bagaimanapun, Jamil Khir kemudiannya berkata, lawatan tersebut bagi memenuhi  jemputan YaPEIM yang merupakan salah satu agensi di bawah pengawasannya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa