Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 26, 2015

Alaa........dia hanya cari ruang dan cari makan ajer!

Adakah Agong mendengar dan akan respon?

Pasal Jamil Khir........aku tak kisah pun sebab rekodnya yang bersih hehee.......yang aku kisah ialah Asyraf Wajdi, dia tak ada rekod dan cicit Tok Wali pula tu!

3 MP hantar memo kepada istana ekoran isu CEO MAIWP
 | ARIF ATAN
Selepas Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta timbalannya, Asyraf Wajdi Dusuki membisu berhubung isu pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), satu memorandum telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Tiga ahli parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) dan PAS berbuat demikian apabila pelantikan Datuk Zainal Abidin Jaffar sebagai CEO MAIWP yang bukan setiausaha institusi itu jelas melanggar Seksyen 14 (2) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 (‘Akta 505’).
Selain Mohamed Hanipa Maidin (Sepang - Amanah), turut bersama menyerahkan memorandum yang diterima oleh Setiausaha Sulit Yang Dipertuan Agong di Istana Negara semalam ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Baharin dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaqi Atiqullah.
Menurut peruntukan berkenaan, “setiausaha hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif dan pentadbir Majlis dan hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan dasar dan ketetapan Majlis.”
Bagaimanapun persoalan mengenai pelantikan Zainal yang dibangkitkan oleh Hanipa dalam sidang Dewan Rakyat minggu lalu gagal mendapat sebarang penjelasan daripada menteri terbabit.
Menurut Hanipa, jawapan bertulis yang diterimanya juga masih gagal menjawab isu pelantikan yang bercanggah atau ‘ultra-vires’ dengan semangat perlembagaan itu.
Sementara itu, paparan laman web MAIWP menunjukkan Setiausaha majlis itu ialah Paimuzi Yahya yang juga Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) manakala Zainal memegang jawatan jawatan CEO MAIWP sehingga 2018.
Dalam hal berkaitan, siasatan Malaysia Dateline di laman web itu turut mendapati Setiausaha Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah dan Ketua Biro Agama Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Ibrahim Thamby Chik antara ahli MAIWP sesi 2015 hingga 2018 atas kapasiti sebagai “ahli perniagaan”.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa