Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 28, 2015

Nampaknya amanah 52 peratus pengundi telah terjatuh dari pundak masing-masing!

PAS dengan bengongnya, DAP dengan besar kepalanya dan amanah dengan kepentingan kuasanya.......
Apakah boleh diharap untuk pimpin negara?

Pas, DAP, Amanah perlu ingat tentang amanah rakyat
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY28 NOVEMBER 2015
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berucap pada Kongres Nasional Tahunan PKR Ke-11 2015 bertempat di IDCC, Seksyen 15 Shah Alam hari ini. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM - PKR mengingatkan rakan politik iaitu Pas, DAP dan Parti Amanah Negara mengenai tanggungjawab dan amanah rakyat yang harus digalas mereka.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, rakyat mempercayai bahawa kesemua parti pembangkang mampu merealisasikan amanah yang diberikan untuk berdepan BN.

"Seperti berubahnya pantai setiap kali dipukul ombak, berubah awan ditiup badai maka berubah satu lanskap politik Negara, khususnya kesepakatan politik untuk membentuk kerajaan persekutuan kelak.

"Kita mesti menerima hakikat bahawa, perubahan lanskap politik dan kesepakatan yang menjadi harapan besar 52 peratus majoriti rakyat, dalam Pilihanraya Umum lalu menjadi teladan, bahawa kita wajib muhasabah, dan mencari kekuatan dan hikmah untuk terus bangkit, terus berjuang, terus membentuk kesepakatan baru yang membawa berkat berganda dari sekarang,"katanya.

Menurutnya, kesepakatan politik perlu dikukuhkan dengan mewujudkan satu dasar bersama politik  berasaskan satu matlamat, satu perjanjian dan satu tekad iaitu demi membina sebuah negara adil.

Katanya lagi, asas kesepakatan ini perlu merangkumi beberapa perkara antaranya persetujuan untuk membentuk sebuah sistem demokrasi yang lebih telus dan tulen.

"Selain itu,persetujuan untuk memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil bagi memastikan kehidupan rakyat yang lebih bermaruah, moden dan efisien tanpa mengenepikan keperluan pemeliharaan alam sekitar

"Persetujuan untuk memastikan perpaduan dan keadilan sosial dipertahankan, serta  pembangunan insan terutamanya untuk wanita dan golongan muda dan pekerja,"katanya.

Malah,katanya, asas kesepakatan itu turut merangkumi persetujuan dalam polisi berkaitan hubungan persekutuan dan negeri serta dasar luar negara.

Kata Wan Azizah lagi, PKR sedia menjadi penyatu kepada rakan politik dalam usaha merealisasikan amanah rakyat.

"Dalam suasana amat mencabar ini, walaupun PKR baru berusia 16 tahun dalam arena politik negara, berbanding dengan rakan-rakan politik, yang sudah puluhan tahun bergelumang dalam kancah politik nasional.

"Namun, PKR berperanan menjadi ‘penyatu’ dalam menentukan masa depan amanah rakyat yang diberikan kepada kita sejak tahun 2008,"katanya.

KaitanJika esok PRU, pengundi tak tahu nak undi siapa!

1 comment:

  1. Pada aku, baik semua pembangkang letak jawatan dan serah kuasa pada BN.

    Bergaduh tak pernah berakhir
    Sepakat tak ada

    Letih memikirkan apa akan jadi eaok

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa