Atas sebab baik untuk rakyatlah mereka berkecuali dan lesap dari dewan!
Kenyataan Media.
PENGHAPUSAN SUBSIDI BIL LETRIK RM150 JUTA SATU PENGANIAYAAN PADA TERHADAP RAKYAT MISKIN.
1. Satu yang sangat tidak wajar apabila Kerajaan menghapuskan subsidi yang selama ini diberikan kepada rakyat miskin.Terlalu banyak subsidi pemberian yang selama ini dinikmati rakyat sebagai suatu mekanisma pengagihan kekayaan negara dirampas semula oleh Kerajaan.
2. Jika sebelum ini subsidi petrol, subsidi gula, subsidi beras ST 15 dan insentif peningkatan hasil padi dimansuhkan serta pengurangan-pengurangan peruntukkan yang dikurangkan dalam Bajet 2016. Kini, subsidi bil letrik RM150 juta dimansuhkan dalam Bajet 2016. Ini bermakna rakyat miskin akan terpaksa membayar mengikut jumlah sebenar.
3. Penghapusan subsidi bil letrik untuk rakyat miskin adalah satu penganiayaan kepada mereka sedangkan dalam bil letrik rumah Perdana Menteri pun berjumlah RM2.2 juta setahun. Manakala rumah Timbalan Perdana Menteri pula berjumlah RM800 ribu setahun. Semua ini malangnya ditanggung oleh wang rakyat.
4. Penghapusan subsidi dan pengurangan peruntukan insentif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat menjadikan ORANG MISKIN HIDUP TANPA SUBSIDI. Hari ini getah sekerap RM1.90 1kg.
SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA.
DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
25 Nov 2015/12 Safar 1437H
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa