ULASAN GB
Di entri sebelum ini, GB sudah ulas bahawa Razman tidak akan berani dan tak akan mampu untuk berhadapan dengan Dr.Mujahid. Razman perlu sedar siapa dirinya - hanya seorang bekas pegawai kastam berbanding Dr Mujahid yang merupakan seorang profesional dan juga seornag ulama.
Razman kalah di parlimen Lenggong dengan majoriti lebih 3,000 undi manakala Dr.Mujahid menang di Parit Buntar dengan majoriti lebih 8,000 undi.
Banyak tandatanya mengenai kekayaan melampau Razman.... malah beliau telah dinasihatkan bersara dari Kastam.
Bukan saja PAS tidak dapat "nilaitambah" dari debat tersebut, silap haribulan dapat "nilaisusut" jika debat itu diteruskan. Oleh itulah Razman tarik diri lebih awal.
Razman masih memperkatakan soal "baiah" sedangkan sebelum ini kita sudah menjelaskannya. GB sudah ulas sebelum ini:
Sayugia dimaklumkan bahawa baiah berkenaan dilakukan ketika PAS masih berada di atas landasan perjuangannya yang benar dan PAS PADA KETIKA ITU adalah rakan komponen Pakatan Rakyat.
Apabila kedua-duanya sudah tidak wajud maka dengan sendirinya baian itu TEBRATAL.
PAS telah terpesong perjuangannya, sudah tidak Islamik.
Berkali-kali kita dedahkan perbuatan2 seperti memfitnah, melabel, mencaci, memaki spt jebon, anwarinas, binatang, barua, tolol dan lain lain, islamikkah itu? Parti sahaja masih bernama Parti Islam sedangkan tindakan, perbuatan dan akhlak para pemimpin dan ahlinya sudah tidak Islam lagi.
Kebetulan perbuatan memfitnah, mencerca dan memaki hamun itu dilakukan terhadap wakil-wakil rakyat dari kalangan progresif. Ia seperti memerangkap kumpulan progresif, memaki dan mencaci mereka kemudian tak boleh menjawba balik kerana mereka menyatakan kamu telah berbaiah!
Mereka (kumpulan yang menamakan mereka ulama) cuba memerangkap dan menipu kumpulan progresif, sedangkan mereka sebenarnya cuba menipu Allah swt.
Apabila keadaan seperti itu berlaku yang akan menerima laknat ialah parti pas sendiri dan mereka yang melakukan tindakan-tindakan yang tidak Islamik itu termasuklah pimpinan dan ulama parti yang sengaja membiarkan gejala yang tidak Islamik itu berlaku di dalam parti (malah dalawam waktu tertentu ulama sendiri melakukan) semata-mata untuk menyingkirkan kumpulan progresif itu dari saf kempimpinan parti.
Oleh itu YB-YB tidak perlu takut untuk meninggalkan PAS kerana keyakinan kita bahawa PAS telah terpesong dari landasan perjuangan Islam, dipesongkan oleh ulama-ulama gila jawatan.
Sesungguhnya Allah Maha Tahu dan Maha Melihat, dan golongan professional tidak semudah itu boleh diperbodohkan. Alalh akan tetap memelihara dan menyayangi mereka. Kerana Allah Maha Tahu dengan kerana merekalah dulu PAS berjaya berada di aras yang ada kini... malah kita yakin merekalah ulul-albab (orang-orang yang mempunyai fikiran) seperti yang disebut berkali-kali oleh Al-Quran.
Hukum kebenaran dan keadlan akan tetap berjalan.
Wallahu 'alam.
Baca seterusya di link merah Green Boc di atas
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa