Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 24, 2015

Beginilah bila manusia dalam gelisah dan bimbang teramat

Apa tidaknya....sekiranya PAS berkubur di Selangor, dia pun akan hanyut dan tak ada lagi habuan dunianya
Merapu seolah dalam keadaan 'maghu' (buang tabiat)
Ini jer tahap pemikiran Pengarah Pusat Penyelidikan Pas?
Musuh mereka sekarang bukan lagi UMNO/BN tetapi Amanah dan PH
Dahi hitam tu solat hantuk ke lantai ke?

Pakatan Harapan diramal 'berkubur' sebelum PRU14
SHAH ALAM - Jangka hayat Pakatan Harapan dijangka hanya mampu bertahan menjelang PRU14 susulan parti komponennya masih gagal menguruskan konflik dalaman secara berkesan.

Pusat Penyelidikan Pas (PPP) berkata, Pakatan Harapan juga dijangka tidak dapat bertahan lebih lama berbanding Pakatan Rakyat.

Pengarahnya, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, pihaknya tidak menolak pakatan pembangkang itu akan berakhir lebih awal sebelum PRU14.

"Kemungkinan gabungan itu berakhir lebih awal dari PRU 14 juga adalah tinggi, berikutan satu demi satu konflik di kalangan mereka timbul.

"Sehingga hari ini, Pakatan Harapan masih belum mempunyai keputusan bersama terhadap perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) walaupun setelah hampir sebulan dokumen perjanjian tersebut didedahkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Zuhdi dakwa Husam mahu 'kocak' solidariti Pas]

Mohd Zuhdi juga berkata, keadaan semakin buruk apabila DAP didakwa lebih cenderung untuk menyokong perjanjian TPP.

"PKR sehingga hari ini masih berdiam meskipun sebelum ini mereka mahu menunggu sehingga dokumen itu didedahkan.

"Amanah pula hanya segelintir pimpinan pemudanya kelihatan membantah, manakala pimpinan utamanya masih tunggu dan lihat," jelasnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Setahu saya, DAP tidak tolak TPP']

Mohd Zuhdi berkata lagi, kegagalan tiga parti pembangkang untuk menentukan pendirian mereka dalam isu tersebut mendedahkan kerapuhan Pakatan Harapan.

"Berbanding Pas secara konsisten membantah keras keputusan kerajaan untuk terlibat dengan perundingan perjanjian TPP, apatah lagi menyertainya kelak.

"Pas telah memberi komitmen kuat bersama-sama dengan NGO dan NGI dalam Kongres Rakyat menentang perjanjian TPP," ujarnya.

Dalam pada itu, PPP turut mengunjurkan bahawa Pakatan Harapan tidak dapat mengulangi kejayaan yang dilakukan oleh PR dalam PRU 13.

"Ini disebabkan mereka akan kehilangan sokongan pengundi Melayu secara besar-besaran.

"Mereka juga dijangka tidak dapat meraih sokongan pengundi India, disebabkan tiada tokoh-tokoh besar kaum India di dalam Pakatan Harapan hari ini," katanya lagi.

9 comments:

  1. Tidak payahlah nak bandingkan PH yang PAS tidak sertai dengan PR yang PAS sertai secara berhadapan dan menjahanamkannya dari belakang.

    ReplyDelete
  2. Terbaik PAs....
    biarkn macai meracau ttg UG
    bersendirian dan tros jadi barua umno..

    ReplyDelete
  3. kah kah kah
    Musuh tidak akan dapat meruntuhkan sesuatu parti yang kuat, dengan menentangnya secara berdepan. Namun parti tetsebut akan rebah bila ahlinya berpecah belah dan hidup bersendirian tanpa kawan.
    Atas hakikat inilah, maka musuh mesti menggunakan ejen-ejen mereka yang terdiri dari individu dalaman parti.
    Akhirnya, ejen-ejen ini akan berusaha dari dalam untuk mencucuk jarum dan mengandu domba untuk menghancurkan parti dari dalam.
    Mungkinkah keadaan ini telah berlaku dam parti PAS?. Mungkin atau tidak mungkin?

    ReplyDelete
  4. Musuh Amanah dan PH bukan juga UMNO akan tetapi mereka lebih suka bermusuh dengan PAS, akan berkuburlah PH sebelum pru14 atau lebih awal lagi bagus termasuk mountdweller juga akan berkubur sebelum pru14, InshaALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 11.03
      Engkau ke yang mengungkap
      Lakum Dinukum Waliyadin

      Delete
    2. Ana setuju dgn anon 11.03..PH ni lg lg dihentam makin kuat org ramai mnyokongnya..ana rasa pas yg akn trkubur dgn cepat..

      Delete
  5. semua akan berkubur akhirnya. namun ketika hayat masih dikandung badan, jadilah sebaik-baik makhluk yang memberi kebaikan kepada makhluk lain. berpolitiklah dengan menggunakan akal bukan nafsu.

    ReplyDelete
  6. Mcm le dia tu Tuhan boleh nampak apa yg akan berlaku.. Realiti skrg ahli pas yg dah kluar dan menyertai amanah makin ramai...

    ReplyDelete
  7. Anon 11.03, sya setuju dgn anda

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa