Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 27, 2015

Cabang digantung dibenar hadir: Ingat kes UMNO tahun '88?

Kes UMNO 11 juga ginilah pada mulanya

Kongres PKR didakwa tidak sah

 | November 27, 2015
Sembilan perwakilan Cabang Sepang dibenar hadir Kongres PKR sedangkan cabang itu telah digantung sejak 19 September lalu.
pkrPETALING JAYA: Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sedang berlangsung sehingga 29 November ini didakwa tidak sah kerana membenarkan kehadiran perwakilan dari Cabang PKR yang digantung.
Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang Sepang PKR, Nasruddin Mohamad, 55, mendakwa sembilan perwakilan daripada Cabang Sepang hadir di kongres itu yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya.
Dia mempersoalkan bagaimana pimpinan tertinggi PKR boleh membenarkan sembilan perwakilan itu hadir sedangkan cabang itu telah digantung sejak 19 September lalu.
“Kita sudah memaklumkan perkara ini kepada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.. Namun perwakilan dari cabang yang telah digantung itu tetap boleh hadir.
“Jadi kita anggap kongres ini tidak sah, haram.. Sudah terbukti mesyuarat agung (Cabang Sepang) tidak sah…,”. katanya kepada FMT.
Nasruddin berkata, Mesyuarat Agung PKR Cabang Sepang ke-11 telah dibatalkan pada 19 September 2015 kerana audit kewangan yang tidak jelas dan dan dakwaan penipuan dalam pemilihan pimpinan Cabang itu.
Dia mendesak Rafizi menjelaskan mengapa sembilan perwakilan itu masih dibenarkan hadir.
“Walaupun penjelasan dan laporan polis telah dibuat sebelum ini… namun masih dibenarkan sembilan perwakilan dari cabang itu hadir ke kongres PKR. Adakah pemimpin PKR korup,” katanya.

1 comment:

  1. Jika tidak silap, kes UMNO 88 dulu bukanlah disebabkan oleh kehadiran ahli yang digantung, tetapi adalah disebabkan cabang atau ranting yang tidak berdaftar sebilangan ahlinya telah membuat pengundian diperingkat cabang atau ranting. Rasanya, jika ahli yang digantung hanya hadir tetapi tidak membuat pengundian, itu tidak menjadi masalah. Terdapat perbezaan antara dua situasi tersebut. Walau bagaimana pun, PKR mestilah lebih berhati-hati supaya tidak tersalah langkah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa