Pembangkang semakin lemah – Nur Jazlan
Kegagalan pembangkang untuk mendapat 88 undi ketika pengundian tolak Bajet 2016 membuktikan mereka semakin lemah dan berpecah.
KUALA LUMPUR: Kegagalan pihak pembangkang untuk mendapat kata sepakat bagi menolak Bajet 2016 membuktikan gabungan itu semakin lemah dan berpecah.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad berkata, sokongan terhadap pembangkang oleh ahli parlimen pembangkang sendiripun semakin berkurangan sehingga terpaksa meminta undian belah bahagi (blok).
“Pengundian tesebut sepatutnya tidak perlu dilakukan secara angkat tangan tetapi pembangkang sudah kehabisan cerita sampai minta ahli Dewan undi angkat tangan.
“Perkara itu buang masa sebab jumlah mereka sekarang sudah berkurang,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen pada Selasa.
Ahli Parlimen Pulai itu berkata, gabungan pembangkang yang kini terdiri daripada Pas dan Pakatan Harapan (PH) sudah berpecah-belah.
“Mereka (pembangkang) sepatutnya ada 88 undi tetapi mereka berjaya dapat 74 undi sahaja bermakna ada di kalangan mereka tidak bersama (tolak Bajet 2016), mungkin Pas, tapi tidak tahulah.
“Sekarang nampak Pakatan sudah berpecah, tetapi masih nak tunjuk yang mereka masih bersama. Dalam keadaan mereka lemah, jangan nak tunjuk sikap kebudak-budakkan, mengaku sahajalah,” katanya.
Nur Jazlan berkata, kegagalan pembangkang untuk mencari kelemahan kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memberi kesan kepada mereka sendiri.
Bajet 2016 diluluskan pada peringkat dasar dengan 128 ahli parlimen menyokong manakala 74 tidak menyokong.
tahniah pas. selamat pengantin baru, hiduplah macam mana yang hangpa nak, peluklah.
ReplyDelete