Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 19, 2017

Biar betul; Garaduan Malaysia setaraf dengan pelajar tercicir sekolah menengah rendah di Denmark?

Pengkaji bimbang cara pembelajaran di sekolah tak bantu peringkat universiti

  | January 19, 2017
Antara puncanya ialah pelajar tidak menguasai subjek ketika di sekolah dan ketinggalan jauh apabila memasuki peringkat universiti.
Profesor Lant Pritchett
SUBANG JAYA: Seorang profesor dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat melahirkan kebimbangan mengenai cara pembelajaran yang menekankan penghafalan, dengan merujuk sebuah kajian di Indonesia yang mendapati sebahagian besar orang dewasa di Jakarta setaraf tahap pendidikan mereka dengan pelajar sekolah menengah di Denmark.
“Kajian dilakukan ke atas graduan di Indonesia dari segi tahap celik, pemikiran kreatif dan aspek lain. Hasilnya sama dengan pelajar tercicir di peringkat sekolah menengah rendah di Denmark,” katanya kepada FMT.
Beliau memberi peringatan perkara sama juga mungkin boleh berlaku di Malaysia sekiranya sekolah di Malaysia tidak menyediakan pelajarnya untuk peringkat pengajian tinggi.
“Ketika mereka melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, mereka sudah ketinggalan jauh. Tiada pemahaman mendalam tentang subjek. Sebaliknya, ia sekadar ingatan hafalan, menggunakan teori dan meluahkannya dalam peperiksaan,” kata Pritchett.
Beliau berada di Malaysia untuk Forum Dasar Awam Asia 2017 yang dianjurkan bersama Harvard Kennedy School dan Jeffrey Cheah Institute of Southeast Asia di sini semalam.
Menurutnya, ukuran sebenar pendidikan ialah penguasaan mata pelajaran dengan aplikasi praktikal dan tidak terhad kepada hafalan semata-mata.
Beliau berkata, sistem sepatutnya menakrifkan semula peranan pendidikan kepada bukan sahaja persekolahan yang menumpukan kehadiran, tetapi juga idea supaya generasi muda mampu menempuh abad ke-21.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa